Bantuan Kerajaanperumahan

Skim Perumahan RMR Serendah RM 300 Sebulan – Mohon Segera!

RMR 2022

RMR adalah singkatan kepada Rumah Mesra Rakyat yang bertujuan membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah yang tidak mempunyai rumah sendiri atau tinggal di rumah usang (miskin) tetapi mempunyai tanah untuk membina kediaman ideal dan selesa. Kelulusan permohonan ini bergantung kepada kriteria kelayakan yang telah ditetapkan.

Syarikat Perumahan Negara (SPNB) telah menawarkan skim bantuan ini di mana pemohon boleh membina rumah di atas tanah sendiri. Selaras dengan Dasar Perumahan Negara, SPNB yang terletak dibawah pentadbiran Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menyediakan rumah mampu milik yang berkualiti dan mampan kepada semua pemohon dan keluarga di Malaysia.

Nota : 

  • Bagi pemohon dari Semenanjung yang berumur melebihi 42 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-42 tahun diperlukan.
  • Bagi pemohon dari Sabah, Sarawak dan kawasan pulau yang melebihi 38 tahun, pemohon kedua yang berumur di antara 18-38 tahun diperlukan.

KAEDAH PELAKSANAAN DAN CIRI-CIRI RMR

Berikut adalah maklumat lengkap Rumah Mesra Rakyat (RMR) :

Maklumat Dan Reka Bentuk Program Rumah Mesra Rakyat (RMR)

Keluasan rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi pembinaan : RM 20,000
  • Jumlah pinjaman : RM55,000
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM300

Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau di Semenanjung)

  • Harga : RM85,000
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM65,000
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM350


Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah Dan Sarawak)

  • Harga : RM75,000 – RM106,500
  • Subsidi pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,500
  • Anggaran bayaran bulanan (16 tahun) : RM300 – RM470

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah di tetapkan untuk permohonan ini iaitu :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan seisi rumah tidak melebihi RM5,000
  • Pemohon dan pasangan tidak memiliki rumah sendiri / atau memiliki rumah usang / tidak sempurna
  • Tanah / tapak bersesuaian dan bebas dari gadaian / bebanan ke atasnya. Jika pemohon bukan tuan punya tanah, pemohon mestilah mendapatkan kebenaran daripada pemilik tanah tersebut
  • Keluasan tanah tidak kurang daripada 3,600 kps (tertakluk kepada rekabentuk)
  • Tertakluk kepada peruntukan kewangan

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Dokumen penting hendaklah di sediakan dan haruslah lengkap
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan kad pengenalan tuan tanah
  • Salinan kad pengenalan pemohon kedua (jika berkenaan)
  • Salinan geran hak milik tanah terbaru dan sijil carian rasmi dari Pejabat Tanah yang baru
  • Slip gaji terkini (3 bulan) / surat akuan sumpah pendapatan / surat pengesahan pendapatan pemohon / pemohon kedua
  • Surat akuan sumpah / surat pengesahan tidak memiliki rumah atau memiliki rumah yang usang
  • Surat akuan kebenaran pelepasan tuan tanah
  • Salinan sijil nikah pemohon 
  • Borang laporan tapak bergambar

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Berikut adalah cara dan langkah ketika hendak membuat permohonan secara online :
  • Sila ke portal rasmi SPNB : https://rmr.spnbonline.com.my/
  • Klik Pendaftaran Baru ( isi borang pendaftaran dengan lengkap)
  • Penerimaan Login ID dan kata laluan 
  • Log Masuk Ke Laman Utama ( Gunakan login ID dan kata laluan yang telah di berikan untuk proses permohonan RMR)
  • Melengkapkan Borang Online ( Isi maklumat  dan ke dalam sistem)
  • Selesai mengisi borang online ( Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang)
  • Majukan borang dan dokumen kepada SPNB (Memajukan borang berserta dokumen ke Pejabat Cawangan SPNB yang berdekatan)

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh berhubung terus di :

Syarikat Perumahan Negara Berhad
Tingkat 8, Wisma Perkeso
Jalan Tun Razak,
50400 Kuala Lumpur.

Hotline : 1300 80 3838

Tel : 603-2618 5555

SMS : 019-2104000

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button