Bantuan Bulanan RM500 Sudah Dikreditkan Pada Bulan Julai

Jabatan Kebajikan Malaysia atau lebih dikenali JKM telah ditubuhkan bertujuan untuk menjaga kebajikan masyarakat yang memerlukan lima teras utama iaitu pemulihan, pencegahan, pembangunan, pengintegrasian dan perlindungan.

JKM telah banyak menghulurkan bantuan kepada masyarakat yang memerlukan dan layak untuk mendapat bantuan.

Jabatan Kebajikan Malaysia banyak membantu individu terutamanya golongan kanak-kanak, warga emas dan Orang Kelainan Upaya (OKU)

Berikut merupakan salah satu bantuan JKM kepada rakyat Malaysia sebanyak RM500 kepada yang layak.

BANTUAN WARGA EMAS / ORANG TUA

Pihak kerajaan amat mengambil berat terhadap golongan warga emas. Oleh itu, JKM telah menyediakan bantuan kepada golongan warga emas.

Bantuan ini dapat mengurangkan beban warga emas untuk menyara hidup yang tidak dapat mencari rezeki untuk sesuap nasi.

JUMLAH BANTUAN

Kadar bantuan untuk golongan warga emas telah ditingkatkan pada awal tahun ini.Oleh itu, peningkatan jumlah bayaran amat ketara berbanding tahun sebelumnya.

Penambahan jumlah bantuan dari RM350 ke RM500 telah dilaksanakan pada Belanjawan 2021 lalu.

  • Penerima bantuan warga emas akan menerima bantuan sebanyak RM500 sebulan.

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan untuk bulan Julai sudah dikreditkan pada ;
  • Tanggal 11 hingga 12 Julai lepas

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk mendapatkan bantuan ini.

  1. Warganegara Malaysia
  2. Menetap di Malaysia
  3. Berumur 60 tahun dan ke atas 
  4. Warga Emas yang tidak tinggal di institusi kendalian JKM atau pusat jagaan harian / tempat yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma atau mana-mana kes yang layak dipertimbangkan 
  5. Berpendapatan tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) / Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Per Kapita.

CARA MEMOHON

Berikut adalah langkah untuk memohon bantuan ini.

LANGKAH 1   

  1. Anda perlu melayari laman sesawang : eBantuanJKM.jkm.gov.my
  2. Klik butang Daftar Permohonan Atas Talian
  3. Anda perlu isi dua bahagian A dan B
  4. Setelah isi butiran tersebut, Sila pastikan maklumat adalah sahih dan klik butang ‘Keputusan’
LANGKAH 2
  1. Pemohon perlu hadir ke pejabat mana-mana pejabat JKM yang anda telah daftar secara online di atas.
  2. Anda perlu hadir sekurang-kurangnya 14 hari daripada hari permohonan atas talian
  3. Anda perlu membawa borang permohonan yang anda perlu isi, muat turun dan cetak : Borang Permohonan
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

Berikut merupakan beberapa dokumen yang perlu dibawa sebelum hadir kemana-mana pejabat JKM ;
  1. Salinan MyKad pemohon
  2. Salinan MyKad ahli keluarga yang tinggal bersama pemohon
  3. Salinan penyata pendapatan atau surat akaun pendapatan jika bekerja sendiri / tidak bekerja 
  4. Salah satu utiliti rumah seperti bil air, bil elektrik atau Astro yang menunjukkan alamat rumah
  5. Mana-mana dokumen lain yang anda rasa diperlukan selain dokumen yang telah dinyatakan di atas.

Leave a Comment