Bantuan Kerajaan
Cara Memohon Bantuan Kewangan BKPKK Sebanyak RM3600 Setahun
Telah banyak jenis bantuan yang telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan yang bertujuan untuk meringankan beban bagi keluarga yang memerlukan dan berkelayakan. Antara bantuan diperkenalkan adalah bantuan kewangan BKPKK di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
Berikut adalah maklumat berkaitan bantuan kewangan BKPKK
Table of Contents
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
Bantuan Kewangan Pelajar Kolej Komuniti (BKPKK) akan diberi kepada yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat dibawah ;
- Pemohon hendaklah warganegara Malaysia
- BKPKK diberikan hanya kepada pelajar Kolej Komuniti peringkat sijil jangka panjang sahaja iaitu yang melibatkan pengajian sekurang-kurangnya 4 semester (peringkat sijil)
- Pelajar yang layak diberikan BKPKK adalah pelajar yang mempunyai ibubapa/penjaga sah yang berpendapatan kasar bulanan tidak melebihi RM3,000 tanpa tertakluk kepada jumlah tanggungan isi rumah
- Menandatangani 2 salinan perjanjian (tanpa penjamin)
- Mengisi borang penyata pendapatan bulanan keluarga
- Pemohon yang tidak dibenarkan mempunyai penaja lain dalam tempoh program
KADAR BKPKK
Bantuan BKPKK hanya akan diberikan untuk dua semester sahaja iaitu bersamaan dengan 12 bulan. Pemohon yang layak akan diberi bantuan sebanyak RM300/sebulan atau 1,800 untuk satu semester
Bagi dua semester, jumlah seluruhan bantuan adalah sebanyak RM3,600 (12bulan/setahun)
Namun begitu, Pemohon hendaklah mencapai CGPA sebanyak 2.00 minimum untuk mendapat bantuan pada semester kedua.
CARA MEMOHON
Permohon BKPKK boleh dikemukakan melalui pusat Kolej Komuniti masing-masing dengan mengisi borang permohonan dan mengikut prosedur yang sudah ditetapkan
Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan BKPKK di laman sesawang yang akan dipautkan di bawah ;