Skim Bantuan Khas RM 600 Dibuka 5 Mei 2022

 

Untuk makluman umum, terdapat pelbagai jenis inisiatif berbentuk bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh agensi-agensi Kerajaan pada tahun ini bagi membantu meringankan beban pada yang memerlukan. Salah satu bantuan adalah melalui RISDA yang telah diperkenalkan bantuan sebanyak RM 600 kepada yang layak menerima.

Bantuan Musim Tengkujuh (BMT)

Menerusi pihak RISDA, terdapat satu bantuan kewangan yang boleh didapati sekiranya anda berkelayakan iaitu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) tahun 2022. Ini adalah merupakan bantuan yang diberikan sebanyak RM 600 yang dibahagi 2 Fasa, bermaksud penerima yang layak akan terima bayaran sebanyak RM 300 untuk setiap Fasa.

Panduan Cara Mohon

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 September 2022. Anda boleh membuat permohonan secara online di Portal Rasmi RISDA – DI SINI

Anda juga perlu menyediakan dokumen penting semasa permohonan seperti berikut :

  • Sediakan kad pengenalan pemohon dan salinan
  • Sediakan geran asal tanah dan salinan
  • Sediakan salinan buku akaun bank yang masih aktif

Di halaman bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak RISDA, anda boleh rujuk seperti berikut :

Syarat Kelayakan

  • Pemohon wajib berstatus Warganegara Malaysia yang sah
  • Seorang penerima hanya layak menerima insentif bantuan ini sekali sahaja
  • Merupakan pekebun yang berdaftar dengan pihak RISDA
  • 1 Lot hanya seorang pekebun kecil sahaja – Sama ada pemilik tanah atau penoreh
  • Memperolehi Kad Permit Autoriti Getah (PAT-G) yang masih aktif – Bagi penoreh bukan pemilik sahaja.
Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan bantuan BMT ini, sila layari Portal rasmi BMT – DI SINI

Leave a Comment