Skim Bantuan Khas RM 500 Secara One-off
Untuk makluman, skim bantuan khas warga emas ini akan diuruskan sepenuhnya oleh pihak JKM yang mana merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. Bantuan khas ini lebih mensasarkan kepada golongan Warga emas yang memerlukan dan layak menerima untuk membantu meneruskan kelangsungan hidup dan kesejahteraan dalam komuniti di negara.
Table of Contents
Syarat Kelayakan Bantuan Khas RM 500
Di halaman bawah telah disediakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan seperti berikut :
- Individu / pemohon wajib merupakan warga emas atau orang tua yang berumur 60 tahun dan keatas
- Individu / pemohon wajib berstatus warganegara Malaysia yang sah
- Pendapatan isi rumah tidak boleh melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Merupakan warga emas atau orang tua yang bukan tinggal di Institusi Kendalian pihak JKM atau mana-mana pusat jagaan harian – Kediaman yang memberikan kemudahan perkhidmatan secara percuma
- Mana-mana kest yang terkait berkeperluan, boleh mohon dan layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM
Cara Mohon Bantuan Khas RM 500
Sekiranya anda mempunyai ahli keluarga atau kenalan yang menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan. Panduan permohonan seperti berikut :
- Sila layari Laman Rasmi eBantuanJKM – DI SINI
- Seterusnya klik pada “Daftar Permohonan”
- Sila masukan nombor kad pengenalan pemohon dan negeri tempat tinggal
- Klik butang Daftar dan selesai
Dalam tempoh 14 hari dari waktu permohonan, sila hadir ke mana-mana Pejabat Kebajikan Masyarat (JKM) yang berhampiran anda. Senarai pejabat yang boleh anda rujuk – DI SINI
Senarai Dokumen Yang Diperlukan
- Sediakan salinan kad pengenalan pemohon
- Sediakan salinan sijil lahir anak / ahli keluarga yang tinggal sebumbung
- Sediakan salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu atau bapa yang tinggal bersama
- Sediakan dokumen sokongan yang berkaitan