BKM Fasa 2 : Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 2

Tarikh Kadar Bayaran BKM Fasa 2

Alhamdulillah, bayaran fasa pertama Bantuan Keluarga Malaysia telahpun selesai dilaksanakan dimana ianya telah bermula pada 28 Mac lalu.

Untuk makluman semua, seramai 8.6 juta penerima telah mendapat bayaran sebanyak RM100 hingga RM300 berdasarkan kelayakan dimana ianya merangkumi 4.0 juta isi rumah, 1.2 juta warga emas (bujang/tiada pasangan) dan 3.4 juta lagi adalah individu bujang.

Sedia maklum, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan melalui 4 fasa dan fasa 1 telahpun berlalu, kini hanya fasa 2, fasa 3 dan fasa 4 saja lagi akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Oleh itu, kesempatan kali ini pihak kami ingin kongsikan kepada anda mengenai maklumat ringkas mengenai bayaran BKM Fasa 2. Ikuti perkongsian dibawah.  

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Tarikh bayaran bagi BKM Fasa 2 ini akan mula dilaksanakan pada :

  • JUN 2022

Walaubagaimanapun, tiada tarikh rasmi lagi diumumkan ketika ini. Pihak kami akan maklumkan sekiranya mendapat info mengenainya.

KADAR BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

1.    Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :

2.    Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

3.    Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

4.   Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

NOTA : Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.

BAYARAN TAMBAHAN BKM

Berbeza dengan BPR sebelum ini, BKM juga akan memberikan bayaran tambahan kepada penerima sekiranya isi rumah tersebut :

  • Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat; atau  
  • Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Warga Emas yang mempunyai anak menepati syarat.

bayaran BKM

bayaran BKM

Nota  : Isi Rumah berkenaan hanya layak menerima salah satu kadar tambahan sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment