Cara – Cara untuk Membuat Semakan BKM Fasa 2

 

Petang kelmarin menerusi sidang media ringkas Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan, tarikh rasmi bayaran BKM bagi fasa kedua akan mula dilaksanakan pada 27 Jun 2022.

Bayaran BKM Fasa 2 ini akan melibatkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bakal menerima bayaran sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. 

Beliau juga memberitahu bahawa, semakan kelayakan penerima bagi BKM fasa kedua ini boleh dilakukan pada 27 Jun iaitu serentak dengan tarikh bayaran kedua itu nanti.

Di kesempatan kali ini, pihak kami ingin kongsikan kepada anda bagaimana cara untuk penerima membuat semakan kelayakan BKM fasa kedua ini.
Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Untuk makluman, Bantuan Tunai Tambahan sebanyak RM50-RM100 akan diberikan kepada setiap isi rumah B40 dan bujang.

Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM fasa 2 ini.

BKM Fasa 2

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 2

Berikut adalah jumlah kadar bayaran bagi penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

1.    Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah :

2.    Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas dengan amaun tambahan Isi Rumah Warga Emas (RM300)

3.    Kategori Isi Rumah [Ibu Bapa Tunggal (IBT) Mempunyai Anak] – Tiada Had Umur Pemohon dengan amaun tambahan IBT mempunyai anak (RM500)

4.   Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 60 tahun dan ke atas

NOTA : Bagi Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) Tidak Mempunyai Anak – Pemohon berumur 59 tahun dan ke bawah, bayaran hanya akan melalui dua fasa sahaja dan bayaran berikutnya pada Fasa 3.

SEMAKAN BKM FASA 2

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelayakan anda. 

Semakan Status BKM Terkini

1.    Klik Log Masuk

Semak status kelayakan BKM

Sila masukkan No MyKad / ID Pengguna berserta kata laluan yang anda telah daftarkan sebelum ini.

2.    Setelah berjaya log masuk, klik semakan Status

3.    Sila semak kata keselamatan, jika betul, masukkan kata lalun BKM

4.    Kemudian, klik ‘PETI MEL’

5.    Klik perkataan ‘SURAT’

6.    Klik ‘PERMOHONAN BKM 2022’

7.    Akan dipaparkan maklumat seperti berikut :
(Dengan ini permohonan anda telah berjaya dihantar. Sila rujuk BKM untuk semakan permohonan)


Jika anda telah membuat semakan ini, anda boleh menunggu maklumat tentang tarikh semakan status kelulus permohonan BKM 2022 anda.


Semakan Status Kelulusan Permohonan BKM 2022

Berikut adalah cara untuk membuat semakan status kelulusan permohonan BKM 2022 anda :

  1. Layari web rasmi BKM iaitu : https://bkm.hasil.gov.my
  2. Sila isi No. Kad Pengenalan
  3. Sila lengkapkan ‘CAPTCHA’
  4. Klik ‘SEMAK’
  5. Maklumat pemohon BPR sebelum ini akan dipaparkan
  6. Jika permohonan anda LULUS, maklumat seperti status bayaran, jumlah dan fasa akan dipaparkan
  7. Jika permohonan anda GAGAL, maklumat KOD TIDAK LULUS/GAGAL akan dipaparkan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk ketahui maklumat lanjut mengenai Bantuan Keluarga Malaysia ini, anda boleh mengunjungi web rasmi Kementerian Kewangan Malaysia di https://budget.mof.gov.my/2022/

Leave a Comment