Bantuan KerajaanBKM

Pembayaran BKM FASA 2 Akan Bermula Pada 27 JUN 2022

 

Alhamdulillah!
Berita yang di nanti-natikan oleh seluruh rakyat Malaysia ketika ini telahpun diumumkan.

Petang kelmarin, menerusi sidang media ringkas yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, beliau mengumumkan bahawa bayaran BKM Fasa 2 akan mula dilaksanakan pada 27 Jun 2022 ini.

Bukan itu sahaja, bantuan tambahan tunai pun akan diberikan apabila pengkreditan bayaran fasa kedua diberikan.

Untuk info penuh, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA (BKM FASA 2)

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

Untuk makluman, Bantuan Tunai Tambahan sebanyak RM50-RM100 akan diberikan kepada setiap isi rumah B40 dan bujang.

Secara keseluruhannya, RM1.74 bilion telah diperuntukkan untuk memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima daripada golongan yang berpendapatan rendah dalam pelaksanaan BKM Fasa 2 ini.

BKM Fasa 2

TARIKH BAYARAN BKM FASA 2

Sebentar tadi melalui sidang media ringkas oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan bahawa, tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 akan bermula pada :
  • 27 JUN 2022 (ISNIN)
Maka terjawablah sudah pertanyaan netizen/warganet mengenai tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 2 ini.

SEMAKAN BKM

Semakan status kelayakan BKM Fasa 2 boleh dilakukan bermula :

Paparan dalam sistem BKM adalah seperti gambar rajah dibawah. 

bayaran bkm

RujukanOnline

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button