Terkini : Bantuan Aidifitri RM500 Disalurkan 5 April – Jumaat

Terkini : Bantuan Aidifitri RM500 Disalurkan 5 April – Jumaat.
Kini kita berada 10 terakhir bulan ramadhan bagi tahun 2024 ini. Pada minggu hadapan, umat muslim di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Kebiasaannya pada setiap tahun, kerajaan akan memberi sumbangan ataupun bantuan tunai khas untuk rakayt Malaysia yang layak dalam membuat persiapan sambutan Aidilfitri. Kali ini, bantuan sehingga RM500 akan diberikan. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

BANTUAN AIDIFITRI RM500

Sempena musim perayaan yang bakal menjelang, pihak kerajaan negeri dan persekutuan telah melancarkan pelbagai sumbangan bantuan untuk rakyat. Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bonus raya.

Beliau telah memaklumkan bahawa tahun ini akan diberikan bantuan khas kewangan (BKK) aidilfitri kepada para penjawat awam dan pesara. Insentif tambahan ini akan disalurkan menyeluruh secara berperingkat pada minggu ini iaitu bermula 5 April 2024.

KADAR BAYARAN

Untuk makluman anda semua, bayaran bantuan tunai Aidilfitri ini akan diberikan kepada 2 kategori dimana kadar bayaran adalah berbeza. Berikut adalah kadar bayarannya :

  • RM500 : Penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak
  • RM250 : Semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan tidak berpencen.

TARIKH BAYARAN BANTUAN AIDILFITRI RM500

Seperti yang telah diumumkan, kerajaan telah bersetuju akan menyalurkan bantuan ini bermula pada :

  • 5 APRIL 2024 (JUMAAT)

Kaedah bayaran adalah secara pengkreditan terus ke dalam akaun bank setiap penerima.

BANTUAN AIDILFITRI RM500

Leave a Comment