Mohon E-Madani RM100 Untuk Rakyat Malaysia Sebelum 20 Februari

Mohon E-Madani RM100 Untuk Rakyat Malaysia Sebelum 20 Februari.
E-Madani ini merupakan inisiatif tambahan yang diluluskan oleh pihak kerajaan dimana bantuan sebelum ini iaitu E-Tunai Rahmah RM200 telah dilaksanakan pada Julai lalu.

Untuk makluman anda semua, program E-Madani ini telah mula ditebus pada 4 Disember lalu lagi. Namun, pihak kerajaan telah memberi tempoh untuk membuat tuntutan kredit percuma tersebut. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

E-MADANI RM100

EMadani RM100 ini merupakan inisiatif tambahan berbentuk bantuan e-tunai yang akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-wallet bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan sahaja. Ianya telah mula dikreditkan bermula 4 Disember lalu di mana seramai 10 juta penerima bakal dan telah menebus bantuan tersebut.

TARIKH DAFTAR & TEBUS

Penerima STR khususnya telah mula membuat pendaftaran dan tuntutan bermula 4 Disember tahun lalu lagi. Dianggarkan lebih 6.5 juta rakyat Malaysia telah membuat tuntutan kredit EMadani RM100 ini.

Untuk makluman anda semua, kredit eMadani ini masih boleh ditebus dan dituntut. Ini kerana, tarikh akhir untuk anda membuat tuntutan adalah pada 29 FEBRUARI 2023.

E-MADANI RM100

SYARAT KELAYAKAN E-MADANI RM100

Berikut adalah beberapa syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk menerima kredit E-Madani RM100 ini : :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima STR 2023

CARA TEBUS E-MADANI RM100

Sebarang permohonan dan tuntutan boleh dilakukan bermula esok hari. Bagi anda yang ingin membuat penebusan eMadani ini, ianya boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay

Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.

SENARAI KEGUNAAN EMADANI RM100

Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan ‘peertopeer’;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan 
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment