Permohonan Bantuan Kewangan RM2700 Secara One-Off

Permohonan Bantuan Kewangan RM2700 secara one-off akan diberikan kepada rakyat Malaysia pada tahun ini. Sebarang permohonan bagi bantuan ini boleh dikemukakan dibawha kendalian Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Jabatan Kebajikan Masyarakat merupakan salah satu agensi kerajaan bagi membantu golongan rentan dan terjejas seperti Warga Emas, OKU dan banyak lagi.

Namun, adakah anda tahu bahawa bantuan yang disediakan JKM ini tidak hanya tertumpu kepada jenis bantuan yang disebutkan di atas, akan tetapi ianya juga tertumpu bagi membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dengan bantuan tunai sehingga RM2700 secara one-off.

BANTUAN KEWANGAN RM2700

Bantuan kewangan sebanyak RM2700 ini merupakan salah satu inisiatif dibawah kendalian JKM menerusi program Geran Pelancaran.

Ianya adalah bertujuan untuk membantu kumpulan sasar bagi memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan bayaran bantuan tersebut akan diberikan secara tunai (one-off).

OBJEKTIF UTAMA

Objektif utama dalam pelaksanaan Bantuan Geran Pelancaran JKM ini adalah :

  • Pemerkasaan ekonomi kumpulan sasar JKM yang produktif, mempunyai minat, kemahiran dan potensi untuk menjana pendapatan individu/ keluarga.
  • Mewujudkan program pembangunan dan pengintergrasian bagi membantu klien mencapai matlamat ke arah berdikari.

KADAR BANTUAN

Sekiranya individu yang berkelayakan bagi menerima bantuan ini, mereka akan mendapat bayaran bantuan sebanyak :

  • Maksimum RM2700 (one-off)

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak JKM bagi menerima bantuan kewangan RM2700 ini :

  • Warganegara dan bermastautin di Malaysia;
  • Kumpulan sasar JKM;
  • Tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata  Miskin Isi Rumah semasa atau PGK Purata  Miskin Per Kapita Semasa;  ATAU
  • Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM.

Syarat Khusus

  • Bantuan hanya disediakan kepada penerima bantuan JKM sedia ada sahaja.
  • Jika bukan penerima sedia ada, pemohon boleh membuat permohonan bantuan bulanan terlebih dahulu.
  • Sekiranya pemohon layak menerima bantuan bulanan, maka permohonan Geran Pelancaran JKM boleh dikemukakan.

CARA MEMOHON

Berikut adalah cara memohon Bantuan Kewangan RM2700 ini :

  • Setiap permohonan boleh dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian yang berdekatan kawasan anda
  • Untuk memudahkan urusan pentadbiran, pemohon diminta membawa dokumen sokongan seperti salinan Kad Pengenalan diri pemohon, salinan Kad Pengenalan suami/isteri/ibu/bapa/anak yang tinggal bersama, salinan sijil kelahiran anak-anak/ahli keluarga yang tinggal bersama, salinan penyata gaji (jika ada), dan lain-lain dokumen yang berkaitan 

Sumber : Geran Pelancaran JKM

CARA MOHON BANTUAN KEWANGAN RM2700

Sekiranya anda memerlukan dan ingin membuat permohonan bantuan JKM ini, anda dikehendaki untuk terus pergi ke Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara berhampiran kawasan anda.

Berikut adalah dokumen sokongan yang perlu anda sediakan bagi permohonan JKM ini :

  1. Salinan kad pengenalan diri pemohon
  2. Salinan kad pengenalan suami / isteri / ibu / bapa / anak yang tinggal bersama
  3. Salinan sijil kelahian anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama
  4. Salinan penyata gaji (jika ada)
  5. Lain-lain dokumen yang berkaitan

Bagi memudahkan segala urusan permohonan anda, sila sertakan sekali dokumen sokongan yang disebutkan diatas ketika hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian.

Sila isi borang dengan lengkap dan tepat bagi memudahkan proses permohonan. Klik link dibawah bagi mendapatkan borang permohonan :

SEMAKAN BANTUAN 

Sekiranya anda telah membuat permohonan dan telahpun menghantar permohonan bantuan yang disediakan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat ini, semakan status permohonan anda boleh dilakukan melalui portal rasmi JKM. Berikut adalah cara dan langkah bagi menyemak status permohonan secara online :

  1. Buka laman web rasmi eBantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) : http://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp
  2. Login ID anda yang telah berdaftar
  3. Sila klik ‘Semak Status Permohonan Talian’
  4. Dan masukkan Nombor Kad Pengenalan dan klik ‘Semak’

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya Anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai JKM, sila hubungi pihak JKM melalui:

  • Telefon : 03 8000 8000
  • Faks : 03 8323 2045
  • Alamat : Jabatan Kebajikan Masyarakat, Aras 6, 9-18, No 55, Persiaran Perdana, Presint 4, 62100 Putrajaya.

Leave a Comment