Rasmi : Bantuan Lesen Memandu B2 Percuma Untuk B40

Rasmi : Bantuan Lesen Memandu B2 Percuma untuk B40 kini boleh dimohon. Sekiranya anda diantara yang belum memiliki lesen memandu, permohonan anda kini boleh dikemukakan bermula hari ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berucap, Bantuan Lesen Memandu Percuma ini bakal memanfaatkan seramai 35,000 rakyat Malaysia terdiri daripada golongan belia yang kurang berkemampuan. Untuk info lanjut, iktui perkongsian dibawah.

LESEN MEMANDU B2 PERCUMA

Kerajaan bersetuju akan memberi lesen memandu percuma dan menanggung bayaran ujian bagi lesen motosikal kelas B2 dan bayaran lesen teksi, bas dan e-hailing kepada belia B40. Ianya diumumkan ketika pembentangan Belanjawan 2023 lalu.

Ianya bertujuan adalah bagi membantu rakyat terutama kumpulan belia kerana kerajaan menganggap mereka adalah pemangkin masa depan negara bagi merangsangkan pertumbuhan ekonomi domestik jangka panjang dalam sektor pengangkutan awam.

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan. Pastikan anda menepati kriteria kelayakan seperti yang dinyatakan dibawah ini :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat tubuh badan dan mental
  • Tidak disenaraikan hitamkan di JPJ, PDRM dan Mahkamah
  • Penerima bantuan kerajaan dari agensi (EKasih/ Zakat/ Baitulmal/ JAKOA/ JKM dan LHDN)
  • Tanggungan kepada penerima bantuan boleh memohon

KATEGORI BANTUAN

Terdapat beberapa kategori bantuan menerusi program lesen memandu percuma ini, antaranya :

  • Ujian memandu motosikal B2
  • E-Hailing
  • Teksi
  • Bas

Info tambahan : Sebanyak 100,000 topi keledar akan di edarkan secara percuma termasuk untuk kanak-kanak.

CARA MOHON LESEN MEMANDU B2 PERCUMA

Sekiranya anda mempunyai syarat kelayakan yang tersenarai seperti diatas, anda boleh untuk membuat permohonan bantuan lesen memandu B2 percuma ini.
Sebarang permohonan, boleh rujuk di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/mylesen.html

MAKLUMAT LANJUT

Sejak dari dulu lagi, kerajaan Malaysia sentiasa memainkan peranan penting dalam membantu rakyat Malaysia khususnya kepada golongan yang terjejas. Maka oleh itu, pelbagai bantuan seperti bantuan tunai telah diperkenalkan dan disalurkan tahun ini. Sekirany anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, boleh RUJUK DISINI.

Inginkan Info Bantuan Lebih Pantas? Join Telegram Kami :

Leave a Comment