Terkini : Permohonan Bantuan Kewangan RM1500 Untuk Rakyat Malaysia

Terkini : Permohonan Bantuan Kewangan berjumlah RM1500 buat seluruh rakyat Malaysia kini telah dibuka. Individu yang berkelayakan akan menerima bantuan tersebut pada awal tahun 2024 nanti.

Objektif utama bantuan ini adalah bagi membantu setiap isi keluarga yang berpendapatan rendah khusus untuk golongan B40 yang terjejas agar mereka dapat meneruskan hidup dengan selesa dan serba cukup.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Bantuan kewangan ini adalah inisiatif tahunan kerajaan menerusi program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2024 yang akan dilaksanakan pada awal tahun hadapan. Mereka yang berkelayakan akan menerima bantuan secara tunai dan akan diagihkan secara berperingkat.

Dianggarkan seramai 9 juta penerima yang akan mendapat manfaat STR ini. Ianya juga merangkumi daripada golongan B40 dan M40 yang membabitkan beberapa kategori iaitu, Kategori Isi Rumah, Bujang dan kategori Warga Emas.

KATEGORI TERIMA BANTUAN KEWANGAN RM1500

Kadar bayaran STR 2024 ini adalah berbeza mengikut setiap kategori penerima iaitu Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas. Berikut dikongsikan penerima yang akan terima bayaran RM1500 nanti :

Kategori Isi Rumah (Pendapatan RM2500 kebawah)

  • Anak 1-2 orang : RM1500
str 2024

PERMOHONAN BANTUAN KEWANGAN RM1500

Berikut adalah cara bagi membuat permohonan bantuan kewangan RM1500 ini melalui web rasmi STR 2024 :

  • Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024 iaitu : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  • Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  • Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  • Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  • Kemudian, klik butang [Teruskan].
  • Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  • Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  • Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  • Tekan [Hantar].
  • Permohonan anda berjaya dihantar.
  • Selesai.

TARIKH BAYARAN

Anda sedia maklum, bayaran STR ini bukanlah di kreditkan secara one-off akan tetapi ianya akan disalurkan secara berfasa. Kerajaan bersetuju akan menyalurkan bayaran fasa pertama adalah pada :

  • FEBRUARI 2024

SYARAT KELAYAKAN STR 2024

Setiap permohonan bantuan kewangan RM1500 (STR 2024) akan melalui beberapa syarat kelayakan. Ianya bagi memastikan bantuan tunai ini disalurkan kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Antaranya :

  • Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment