Cara Mohon Bantuan RM500 Untuk Warga Emas – Semak Sekarang!

Warga Emas RM500 : Sekiranya anda mempunyai ibu bapa, keluarga atau saudara mara yang berumur antara 60 tahun ke atas, sila maklumkan kepada mereka bahawa bantuan kewangan berjumlah RM500 sebulan akan diberikan sekiranya layak.

Untuk makluman, bantuan tunai bulanan ini telah lama disediakan khas untuk golongan ini melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Walaubagaimanapun, setiap kelayakan adalah tertakluk dengan beberapa syarat.

BANTUAN WARGA EMAS RM500

Warga Emas di Malaysia merupakan salah satu golongan yang sering mendapat perhatian daripada pihak kerajaan. Pada tahun 2021, kadar bantuan ini telah dinaikkan daripada RM350 kepada RM500 setiap bulan.

Program bantuan tunai Warga Emas ini adalah bertujuan membantu meringankan beban kewangan agar golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan cukup.

Nota : Syarat utama untuk menerima bantuan ini, warga emas tersebut haruslah berdaftar terlebih dahulu dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat.

KADAR BANTUAN WARGA EMAS

Sekiranya warga emas tersebut memenuhi kriteria kelayakan, mereka akan menerima bayaran setiap bulan pada kadar :

  • RM 500 sebulan

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan bantuan warga emas RM500 yang ditetapkan :

  1. Warganegara Malaysia dan bermastautin di Malaysia
  2. Orang tua atau warga emas yang berumur 60 tahun dan keatas
  3. Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa atau PGK Purata Miskin Per Kapita Semasa
  4. Warga Emas yang Bukan tinggal di Institusi Kendalian JKM atau pusat jagaan harian / berkediaman yang memberi kemudahan / perkhidmatan secara percuma
  5. Mana-mana kes yang berkeperluan, layak dipertimbangkan dengan kelulusan KPKM

CARA MOHON BANTUAN WARGA EMAS RM500

Sekiranya anda memenuhi kriteria kelayakan seperti di atas, permohonan boleh dilakukan melalui :

Untuk sebarang permohonan, anda boleh muat turun borang di pautan di bawah ini :

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment