Terkini : Permohonan Baru STR 2024 Secara Online

Terkini : Permohonan Baru STR 2024 secara online kini booleh dilakukan bermula 7 November lalu lagi. Sekiranya anda belum membuat permohonan, anda di minta berbuat demikian agar tidak tercicir dari menerima bantuan tunai tersebut tahun hadapan.

STR 2024

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Pada tahun 2024 nanti, dianggarkan seramai 9 juta rakyat Malaysia akan menerima bantuan tunai ini. Sekiranya individu tersebut layak, mereka akan menerima bayaran bermula RM350 sehingga maksimum RM2500 untuk seisi keluarga.

PERMOHONAN BARU STR 2024

Untuk makluman semua, permohonan baharu STR 2024 kini telah dibuka. Begitu juga dengan kemaskini maklumat sekiranya terdapat perubahan data peribadi penerima.

Sebarang permohonan boleh dikemukakan melalui web rasmi MySTR iaitu :

CARA PERMOHONAN BARU STR 2024

Bagi anda yang ingin kemukakan permohonan baru STR 2024, berikut adalah langkah-langkahnya :

  • Layari portal rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (MySTR) 2024 iaitu : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  • Klik butang [Permohonan Baharu STR 2024] untuk membuat permohonan baru.
  • Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan pada bahagian [Maklumat Pemohon].
  • Jika status berkahwin, sila isikan [Maklumat Pasangan] dengan lengkap.
  • Isikan [Maklumat Anak] jika ada.
  • Pilih [Maklumat Waris] yang diperlukan.
  • Kemudian, klik butang [Teruskan].
  • Seterusnya, isi kod Captcha berdasarkan imej yang diberikan.
  • Klik pada butang [SAHKAH CAPTCHA].
  • Kemudian, [Perakuan Pemohon] akan dipaparkan.
  • Tandakan pada kotak [/] perakuan.
  • Tekan [Hantar].
  • Permohonan anda berjaya dihantar.
  • Selesai.

SYARAT KELAYAKAN STR 2024

Sebelum mengemukakan permohonan baru STR 2024, sila semak syarat kelayakan dibawah :

1. Isi Rumah

  • Kahwin; atau
  • Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
  • menepati syarat; dan
  • Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.

2. Warga Emas Tiada Pasangan

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
  • Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.

3. Bujang

  • Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyaianak yang menepati syarat; dan
  • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
  • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
  • Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
  • Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah jumlah rasmi bagi bayaran STR tahun hadapan :

  • Isi Rumah (RM2500 kebawah)
    • Tiada Anak : RM1000
    • 1 – 2 Anak : RM1500
    • 3 – 4 Anak : RM2000
    • 4 – 5 Anak : RM2500
  • Isi Rumah (RM2500 keatas)
    • Tiada Anak : RM500
    • 1 – 2 Anak : RM750
    • 3 – 4 Anak : RM1000
    • 4 – 5 Anak : RM1250
  • Warga Emas Tiada Pasangan
    • RM600
  • Bujang
    • RM350

TARIKH BAYARAN

Bayaran bantuan STR akan dilakukan secara berfasa, dan fasa pertama bermula :

  • Februari 2024

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, banyak bantuan lain yang boleh rakyat Malaysia dapatkan daripada pihak kerajaan. Namun, mungkin ramai yang tidak tahu. Oleh itu, untuk mengetahui pelbagai bantuan tersebu, sila RUJUK DISINI.

Leave a Comment