E-Wallet : Kerajaan Negeri Umum Bantuan Kredit Percuma RM300 Sebulan Untuk B40

Pihak kerajaan sentiasa komited dalam membantu rakyat Malaysia khususnya golongan B40 yang berpendapatan rendah. Ianya bertujuan membantu golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan selesa dan serba cukup.

Khas untuk rakyat Selangor, sekiranya anda berkelayakan, anda akan menrima bantuan kredit percuma secara bulanan sebanyak RM300 melalui program BINGKAS tahun 2023.

Oleh itu, pihak kami akan kongsikan maklumat terperinci mengenai bantuan Bingkas ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA SELANGOR (BINGKAS)

Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.

Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.

Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.

MANFAAT BINGKAS

Penerima yang layak, mereka akan menerima manfaat sepeti berikut :

  • Had pembelian Rm300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

PENERIMA BINGKAS RM300

Berikut adalah perkongsian daripada individu yang telah terima bayaran RM300 :

SYARAT PERMOHONAN 

Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS

Program ini dibuka untuk :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

CARA MEMOHON 

Untuk memohon bantuan ini, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.

Leave a Comment