BMT 2023 : Bantuan Tunai RM800 Kepada Seluruh Rakyat Malaysia Yang Layak

Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ketika ini, sudah pasti memberi kesan kepada golongan yang berpendapatan rendah khususnya.

Bukan itu sahaja, akibat cuaca yang tidak menentu, pekebun kecil dan penoreh getah utamanya tidak terkecuali terkesan yang menyukarkan untuk mereka bertani.

Maka oleh itu, kerajaan bersetuju akan meneruskan menyalurkan bantuan tunai RM800 menerusi program Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) kepada pekebun kecil dan juga penoreh getah.

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)

Bantuan Musim Tengkujuh atau lebih dikenali sebagai BMT merupakan salah satu inisiatif kerajaan dalam membantu pekebun dan penoreh getah yang terjejas pendapatannya akibat tidak dapat menjalankan aktiviti berkebun seperti biasa setiap kali tibanya musim hujan.

Bantuan bernilai RM255 juta ini bakal memanfaatkan seramai 232,427 pekebun kecil getah RISDA dan 86,323 pekebun kecil getah dibawah Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS).

JUMLAH BANTUAN 

Sebelum ini, bayaran RM600 akan diberikan. Namun, bayaran ki ni dinaikkan dimana setiap pekebun yang layak, pihak RISDA akan memberikan bayaran bantuan berjumlah RM800. 

Walaubagaimanapun, pembayaran akan dibayar melalui empat peringkat iaitu :

  • RM200 Sebulan untuk tempoh 4 bulan

TARIKH PERMOHONAN

Untuk makluman, tarikh permohonan BMT ini telahpun bermula pada 15 JUN 2023 dan akan berakhir pada 15 SEPTEMBER 2023.

Sekiranya anda berkelayakan, anda diminta agar membuat permohonan serta merta sebelum tempoh permohonannya berakhir.

TARIKH BAYARAN

Bagi tarikh bayarannya pula, ianya akan dilaksanakan pada :

  • NOVEMBER 2023 : RM200
  • DISEMBER 2023 : RM200
  • JANUARI : RM200
  • FEBRUARI : RM200

SEMAKAN PERMOHONAN BMT

Kepada pemohon yang sudah membuat permohonan, untuk pengetahuan anda semakan permohonan sudah dibuka.

Terdapat 2 cara membuat semakan antaranya :

CARA PERMOHONAN BANTUAN

Untuk sedia maklum, permohonan BMT telah dibuka bermula pada tarikh 5 mei 2022 sehingga tarikh tutup permohonan pada 15 Oktober 2022 lalu.

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan :

1)    Pemohon pekebun kecil yang menyertai program tanam semula RISDA atau bukan di bawah mana-mana Agensi hendaklah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Geran asal tanah dan salinan
  • Salinan buku akaun bank yang aktif

2)    Pemohon penoreh bukan pemilik hendaklah menyertakan dokumen sokongan berikut :

  • Kad Pengenalan pemohon asal dan salinan
  • Salinan Kad Pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang aktif
  • Salinan Kad PAT-G yang masih sah atau slip pengaktifan Kad PAT-G
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah / wakil yang sah

Permohonan boleh dibuat melalui portal rasmi pekebun kecil makmur iaitu :

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang maklumat lanjut atau pertanyaan, anda boleh hubungi Bahagian Produktiviti Pemasaran RISDA atau Hotline BMT 2022 di talian 03-4256 4022.

Leave a Comment