Terkini : Tempoh Kemaskini Rayuan STR Fasa 3 Akan Berakhir Hari Ini

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 3) telah dikreditkan kepada penerima yang layak bermula 27 Jun lalu.

Melalui pelaksanaan fasa ketiga ini, seramai 8.7 juta penerima yang layak telah menerima bayaran sehingga RM800 dan juga yg telah terima bayaran RM900.

Namun, ramai yang kecewa kerana gagal untuk menerima bayaran tersebut. Untuk makluman, penerima yang gagal boleh mengemukakan rayuan sebelum 31 Julai 2023.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

KEMASKINI RAYUAN STR FASA 3

Sekiranya anda adalah penerima yang gagal bagi menerima bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3, anda dikehendaki mengemaskini ataupun membuat rayuan sebelum :

  • 31 JULAI 2023 (ISNIN)

Kaedah Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 3 ini ada dua cara sama ada melalui :

  1. Atas Talian
  2. Penghantaran borang rayuan di kaunter LHDNM
    • Sila kemukakan dokumen seperti kad pengenalan dan yang berkenaan

SYARAT KELAYAKAN STR 2023

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR FASA 3

Berikut adalah kadar bayaran STR Fasa 3 bagi penerima yang layak. Sila rujuk jadual di bawah :

Leave a Comment