Rasmi : Bantuan Kewangan RM800 Dikreditkan Bermula Hari Ini – Semak Sekarang!

Ketika pembentangan Belanjawan 2023 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa bantuan tunai akan disalurkan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Untuk makluman, bayaran STR ini akan melalui 4 fasa bayaran. Fasa 1 dan 2 telahpun diberikan pada Januari dan April lalu. 

Anda sedia maklum, bayaran STR Fasa 3 mula disalurkan bermula hari ini. Ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (STR)

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah salah satu inisiatif di bawah konsep Payung Rahmah yang bertujuan untuk membantu golongan yang kurang berkemampuan dalam menghadapi cabaran kos sara hidup.

Menurut Perdana Menteri, pembayaran STR Fasa 1 Januari lalu, seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

KATEGORI PENERIMA BAYARAN RM800

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa ketiga nanti, hanya 1 kategori sahaja yang akan terima bayaran maksimum RM800. Berikut adalah kategorinya :

Kategori Isi Rumah

  • Pendapatan RM2,500 ke bawah
  • Mempunyai anak 5 orang keatas

Kategori isi rumah ini akan terima bayaran sehingga RM800.

SYARAT KELAYAKAN STR FASA 3

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah diumumkan :

  • i: Isi Rumah
    • a) Kahwin; atau
    • b) Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • ii. Warga Emas Tiada Pasangan
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • c) Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • iii. Bujang
    • a) Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • b) Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • c) Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

TARIKH BAYARAN STR FASA 3

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ketiga ini akan mula disalurkan pada :
  • 26 JULAI 2023

SEMAKAN STR FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan, semakn boleh dilakukan melalui web rasmi iaitu https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan

    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

Leave a Comment