E-Dompet : Tarikh Rasmi Permohonan & Tuntutan Kredit Percuma RM200 Bermula 26 Jun Ini

Mac lalu, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.

Baru-baru ini, kerajaan telah memutuskan bahawa bantuan E-Dompet tahun ini akan diperluas kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Individu yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM200.

Sila ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut.

E-Dompet 2023

Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.

Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.

Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).

JUMLAH BAYARAN

Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :

  • RM200

PERMOHONAN & TARIKH BAYARAN

Petang kelmarin, Kementerian Kewangan (MOF) telah membuat kenyataan rasminya, Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 pada :
  • 26 Jun (Isnin)
  • 8.00 Pagi

SYARAT KELAYAKAN

Baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Sri Anwar Ibrahim memberitahu bahawa bantuan ini akan diperluas kepada :
  • Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
  • Warganegara Malaysia

KAEDAH BAYARAN

Bayaran bagi bantuan ini adalah sama seperti bantuan e-wallet sebelum ini. Dimana, individu yang layak akan menerima bayaran melalui :

  • Menebus melalui e-wallet : Bigpay, Shopeepay, Grabpay dan Touch N go Ewallet.
  • Pemohon hanya boleh tebus bantuan sekali sahaja.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah :

Leave a Comment