E-Dompet 2023 : Syarat Kelayakan Bantuan Kredit Percuma RM200 Untuk B40 & M40

Mac lalu, Belanjawan 2023 telah dibentangkan semula susulan pertukaran kerajaan berikutan Pilihan Raya Umum Ke-15 pada November 2022 lalu.
Baru-baru ini, kerajaan telah memutuskan bahawa bantuan E-Dompet tahun ini akan diperluas kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Individu yang layak akan menerima bayaran sebanyak RM200.
Sila ikuti perkongsian dibawah untuk maklumat lebih lanjut.
Table of Contents
E-Dompet 2023
Program ini merupakan salah satu inisiatif yang kerajaan Malaysia dalam membantu golongan belia dimana setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM200.
Ianya bertujuan bagi meringankan beban kewangan golongan belia serta menggalakkan golongan ini membuat transaksi tanpa tunai.
Info : Bantuan ini adalah sama dengan bantuan yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu seperti eBelia (2021) dan ePemula (2022).
JUMLAH BAYARAN
Program ini bakal memanfaatkan kepada 2 juta orang belia Malaysia. Setiap belia yang layak akan menerima bayaran berjumlah :
- RM200
SYARAT KELAYAKAN
- Bantuan ini diberikan kepada golongan belia berumur 21 tahun ke atas
- Warganegara Malaysia
TARIKH BAYARAN
- JUN 2023
KAEDAH BAYARAN
Bayaran bagi bantuan ini adalah sama seperti bantuan e-wallet sebelum ini. Dimana, individu yang layak akan menerima bayaran melalui :
- Menebus melalui e-wallet : Bigpay, Shopeepay, Grabpay dan Touch N go Ewallet.
- Pemohon hanya boleh tebus bantuan sekali sahaja.