Terkini : Program Bantuan RM10,000 Beli Motosikal Untuk Rakyat Malaysia

Kita sedia maklum, kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu golongan berpendapatan rendah agar golongan ini dapat meneruskan kehidupan dengan sempurna.

Terkini, kerajaan Malaysia telah bersetuju untuk memberi bantuan sehingga RM10,000 melalui program bantuan Skim Pembiayaan Mobilepreneur 4.0.

Orang ramai yang berminat dan berkelayakan, dibolehkan untuk membuat permohonan bantuan ini. Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.

BANTUAN KEWANGAN RM10,000

Skim Pembiayaan Mobilepreneur 4.0 ini adalah merupakan pembiayaan modal kepada Usahawan Perkhidmatan Penghantaran yang menggunakan motosikal.

Pembiayaan ini juga merupakan kesinambungan Program TEKUN Mobilepreneur 1.0, 2.0 & 3.0 yang telah dilaksanakan sebelum ini pada April 2020 lepas.

JUMLAH PEMBIAYAAN

Berikut adalah jumlah pembiayaan yang telah ditetapkan bermula RM1000 – RM10,000 :

  • Pembelian Motosikal
  • Pembaikan Motosikal
  • Modal Pusingan

SYARAT KELAYAKAN

Setiap individu yang ingin menerima bantuan ini, pastikan anda memenuhi kreteria kelayakan seperti berikut :

  • Wargenegara Malaysia (Bumiputera / India)
  • Berumur di antara 18 hinggga 60 tahun (Tempoh pembiayaan tamat hingga 65 tahun)
  • Pemohon bukan seorang yang muflis
  • Memiliki lesen memandu B1 / B2 yang sah
  • Mempunyai pelantikan yang sah daripada e-hailing yang berdaftar
  • Mempunyai motosikal sendiri yang berdaftar dan sah bagi permohonan baik pulih motosikal dan modal pusingan
  • Mengemukakan dokumen asal sebut harga pembelian motosikal daripada pembekal yang sah – bagi permohonan membeli motosikal
  • Terlibat secara langsung atau separuh masa dalam aktiviti perniagaan
  • Peserta perlu mematuhi garis panduan serta terma dan syarat-syarat yang dikuatkuasakan oleh Kementerian Pengangkutan Awam (MOT)
  • Pemohon yang mendapat surat sokongan dan disyorkan oleh mana-mana syarikat e-Hailing adalah diberikan keutamaan.

TEMPOH BAYARAN BALIK

Tempoh bayaran balik yang ditetapkan adalah selama setahun hingga 3 taahun mengikut pilihan dan kelayakan pemohon.

Bagi kadar keuntungan pula, setiap penerima bantuan akan dikenakan sebanyak 4 peratus untuk tempoh setahun.

CARA MOHON

Kepada individu yang memenuhi syarat-syarat yang diperlukan di atas, permohonan skim pembiayaan ini boleh dilakukan melalui Pejabat Cawangan TEKUN berdekatan anda. 

Di situ anda boleh dapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut mengenai skim bantuan kewangan tersebut.

Nota : TEKUN tidak melantik mana-mana ejen atau wakil untuk menguruskan pembiayaan ini dan sebarang urusan mengenainya haruslah melalui pejabat TEKUN sahaja.

Leave a Comment