Pengeluaran Khas KWSP Dibenarkan Kepada 4 Kategori Ini – Semak Sekarang!

Sehingga kini, rakyat Malaysia khususnya pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih mengharapkan agar pengeluaran Khas KWSP selanjutnya akan dapat dibenarkan.

Namun, ingin di ingatkan kepada anda, sekiranya pengeluaran khas tersebut tidak dapat diluluskan, anda masih boleh lagi membuat pengeluaran atas tujuan tertentu.

Oleh itu, berikut dikongsikan apakah jenis pengeluaran yang boleh anda lakukan.

PENGELUARAN KHAS KWSP

Mac lalu, kerajaan telah memberi kebenaran kepada pencarum KWSP untuk membuat pengeluaran Khas KWSP sebanyak RM10,000 secara one-off.

Kerajaan menganggap bahawa keputusan membenarkan pengeluaran tersebut adalah keputusan yang tepat bagi membantu mereka yang terjejas khususnya pencarum KWSP.

Ketika ini, pelbagai langkah dan desakan agar Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dibenarkan. Namun sehingga kini ianya masih tiada jawapan. Walaubagaimanapun, ahli KWSP dibolehkan untuk membuat pengeluaran melalui Akaun 2 mereka.

SKIM PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

Melalui perkongsian yang dibuat oleh pencarum KWSP, pihak KWSP ada membuat kenyataan mengenai pengeluaran Khas KWSP 2.0.

SENARAI SIMPANAN PENGELUARAN KWSP AKAUN 2

Berikut adalah senarai bagi sebarang pengeluaran simpanan KWSP melalui Akaun 2 :

  1. Pembayaran Ibadah Haji
    Untuk yang menjadi para bakal haji , anda boleh keluarkan wang simpanan akaun 2 bagi mengurangkan bebanan kos. Pengeluaran ini adalah menerusi permohonan untuk perbelanjaan haji dan tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Untuk Daftar Haji

  2. Pembayaran Rawatan Perubatan
    Jika anda menghidapi 36 penyakit kritikal , anda boleh membuat pengeluaran wang akaun simpanan 2 untuk menampung kos perubatan atau alat kesihatan.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembayaran Rawatan Perubatan

  3. Pengeluaran Untuk Pembelian Rumah
    Jika anda berazam untuk memiliki sebuah rumah idaman , pihak KWSP akan memberikan kemudahan kepada pencarum agar dapat membantu mereka untuk memiliki rumah pertama menerusi :

    1. Rumah subsale
    2. Pembinaan rumah sendiri
    3. Pembelian rumah lelong
    4. Pembelian rumah mesra rakyat

    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pembelian Rumah

  4. Pengeluaran Untuk Pendidikan
    Jika anda mempunyai anak yang masih belajar di universiti ataupun kolej , anda akan menampung pembayaran mereka dengan menggunakan akaun simpanan 2 KWSP (jika ada) PTPTN yang tidak mencukupi dan lain – lain.
    Dokumen & Syarat Pengeluaran Tujuan Pendidikan

Leave a Comment