Tarikh Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 – Semak Sekarang!

Januari lalu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 telah dikreditkan kepada penerima yang layak.

Menerusi pelaksanaan pembayaran STR Fasa 1 lalu, bantuan itu telah memanfaatkan kepada 8.7 juta golongan B40 dimana setiap kelayakan kategori telah menerima bayaran sehingga RM300.

Ramai tertanya-tanya, fasa pertama telah dilaksanakan tapi bagaimana pula dengan bayaran fasa kedua? Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

TARIKH BAYARAN STR FASA 2

Mesti anda ternanti-nanti pengumuman tarikh bayaran STR Fasa 2. Namun, buat masa sekarang perkara tersebut terlalu awal untuk diumumkan kerana bayaran Fasa 1 baru sahaja dikreditkan dan belum semua penerima telah menerima bantuan tersebut.

Walau bagaimanapun, bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022, pembayaran BKM Fasa 1 dibayar pada bulan Mac manakala Fasa 2 pada bulan Jun.

Bagi pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023, bayaran Fasa 1 adalah bulan Januari. Jika jadual bayaran adalah sama seperti BKM 2022 iaitu setiap 3 bulan, ini bermakna pembayaran STR Fasa 2 adalah bulan April. Tetapi, ini hanyalah sekadar jangkaan pihak kami.

Tarikh rasmi bakal diumumkan oleh Perdana Menteri dalam beberapa bulan mendatang.

KELAYAKAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Buat masa sekarang, setiap penerima STR Fasa 1 adalah berdasarkan data BKM 2022. Dijangkakan dalam masa terdekat, permohonan baharu bakal dibuka bagi rakyat yang tidak pernah menerima apa-apa bantuan sebelum ini.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, sila klik pautan dibawah ini :

Leave a Comment