Rasmi : Semakan Status Kelayakan STR Fasa 2 – Semak Sekarang!

Ketika ini, bayaran bagi bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telahpun bermula dan ianya akan dikreditkan secara berperingkat buat individu yang berkelayakan.

Sebanyak tiga kategori yang mendapat manfaat dalam pelaksanaan STR Fasa 1 ini iaitu Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas yang tiada pasangan. Masing-masing akan menerima bayaran bermula RM100 sehingga RM300.

Namun, tahukah anda berapakah jumlah keseluruhan yang akan diterima dalam STR 2023? Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Kerajaan bersetuju akan meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dilaksana kerajaan terdahulu dengan Fasa 1 akan disalur poda bulan Januari nanti.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan seramai 9 juta penerima yang layak dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.

KATEGORI PENERIMA STR FASA 2

Berikut adalah kategori penerima yang layak pada STR Fasa 2 nanti :

KATEGORI ISI RUMAH

  • Berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda / duda yang mempunyai anak yang menetapi syarat
  • Berpendapatan bulanan di bawah RM 5,000 dan ke bawah

KATEGORI BUJANG

  • Bujang belum berkahwin atau
  • Ibu atau bapa tunggal / balu / janda/ duda tidak mempunyai anak
  • Had umur adalah 21 sehingga 59 tahun
  • Berpendapatan bulanan RM 2,500 dan ke bawah

Info : Kategori yang disebutkan diatas adalah berdasarkan maklumat pelaksanaan BKM sebelum ini.

SEMAKAN STR 2023

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan

    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

Leave a Comment