STR 2023 : Jumlah Keseluruhan Bayaran Yang Akan Diterima Setiap Kategori – Semak Sekarang!

Anda sedia maklum, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 dilaksanakan bermula 17 Januari lalu.

Seramai 8.7 juta golongan B40 bernilai RM1.67 bilion akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima berjumlah RM100 sehingga RM300 yang berdaftar di dalam pangkalan data STR.

Namun, adakah anda tahu berapakah jumlah keseluruhan bayaran STR tahun 2023 ini? Ikuti perkongsian dibawah untuk tahu lebih lanjut mengenainya.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2023 (BTR)

Disember lalu, Bantuan Tunai Rakyat (BTR) telah diperkenalkan dan akan dilaksanakan pada Januari ini. Namun, bantuan ini telah ditukar dan dijenamakan semula kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perubahan ini selaras dengan langkah Kerajaan Perpaduan yang memperkenalkan konsep Payung Rahmah sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif kepada golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

INFO : Bantuan Tunai Rakyat (BTR) adalah bantuan kewangan secara tunai sama seperti bantuan sebelum ini seperti BKM, BPR, BSH dan BR1M.

JUMLAH BAYARAN STR MAKSIMUM RM3000

Anda sedia maklum kini kita berada dibawah pentadbiran kerajaan baharu. Jika bayaran BTR akan berdasarkan pada kadar dan jumlah keseluruhan BKM yang telah diumumkan pada Belanjawan 2023 Oktober lalu, setiap kategori akan menerima bayaran maksimum RM3000 termasuk bayaran tambahan RM500.

Oleh itu, sekiranya Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023) ini diteruskan merujuk kepada bayaran BKM yang telah diumumkan, berikut adalah kadar dan jumlah bayaran yang akan diterima :

KATEGORI PENERIMA STR FASA 1

Berikut adalah kategori penerima yang akan terima bayaran Bantuan Tunai Rakyat Fasa 1 ini :

  • KATEGORI ISI RUMAH
  • KATEGORI BUJANG

TARIKH BAYARAN STR FASA 1

Perdana Menteri telah memberitahu didalam ucapannya, bayaran fasa pertama akan mula dilaksanakan pada :

  • 17 JANUARI 2021
Pihak kami JANGKAKAN bayaran BTR Fasa 1 akan mula dilaksanakan pada pertengahan bulan Januari ini.

KADAR BAYARAN

Menurut Datuk Seri Anwar Ibrahim, setiap isi rumah yang berkelayakan akan menerima bayaran pertama Januari nanti pada kadar :

  • Kategori Isi Rumah : RM300
  • Bujang : RM100
  • Warga Emas : RM100

SEMAKAN STR

Terbaru, pihak LHDN telah membuat kenyataan bahawa semakan status kelayakan permohonan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) kini boleh di lakukan dengan memasuki web rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Bagi anda yang tidak tahu bagaimana cara untuk membuat semakan, berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  • Klik Log Masuk MySTR
  • Masukkan Nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik Menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  • Maklumat yang akan dipaparkan
    • Nama Pemohon
    • No Mykad Pemohon
    • Status Permohonan
    • Maklumat Pembayaran Fasa 1 (jika layak bayaran fasa 1)
Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat pada MyBKM 2022. 

Leave a Comment