Rasmi : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Secara Bersasar – Semak Sekarang!

Ketika ini, rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP masih mengharapkan agar pengeluaran khas KWSP dibenarkan bagi kali kedua.

Dipetik daripada sumber Berita Harian, pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar, mempunyai baki yang mencukup untuk membuat pengeluaran.

Untuk info lengkap, ikuti perkongsian dibawah.

PENCARUM MEMPUNYAI BAKI MENCUKUPI UNTUK PENGELUARAN KWSP 2.0

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memberitahu bawah, 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki akaun 1 lebih daripada RM10,000.

Azmi Mohd Tahir yang merupakan Presiden bagi pertubuhan itu berkata, kajian itu telah dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember yang lalu, bagi menyediakan data-data sokongan tambahan bagi tuntutan pengeluara KWSP 2.0 secara bersasar.

PENGELUARAN KWSP 2.0 SECARA BERSASAR

Encik Azmi Mohd Tahir memberi kenyataan bahawa, pencarum-pencarum KWSP adalah mempunyai baki yang mencukupi sekiranya ingin membuat pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar setelah membuat kaji selidik.

Sebelum ini, PGIRM dilaporkan membawa suara 270,000 pencarum yang meminta kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut sasaran.

Permohonan daripada pencarum diterima melalui borang dalam talian dari Julai hingga November lalu, antara lain berikutan tekanan hidup susah akibat inflasi, pengurangan pendapatan yang tidak seimbang dan tunggakan hutang selepas pandemik COVID-19.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, laporan Bank Negara Malaysia (BNM) mungkin menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) secara beransur-ansur pada Januari 2023, sudah pasti memberi kesan lebih buruk kepada rakyat.

“PGIRM percaya Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sedar dan prihatin terhadap suara dan kesusahan rakyat.

“Justeru, kami berharap diberi peluang untuk bertemu Perdana Menteri bagi memberi penjelasan terperinci mengenai permintaan pengeluaran sasaran KWSP 2.0, dalam masa terdekat.

“Rakyat khususnya penyumbang sudah ditimpa kesusahan yang teruk, malah ada segelintir daripada mereka yang sudah dan merancang untuk mengambil ‘jalan pintas’ untuk menyelesaikan masalah itu,” katanya.

Sumber : Berita Harian (31 Disember 2022)



1 thought on “Rasmi : Pengeluaran Khas KWSP 2.0 Secara Bersasar – Semak Sekarang!”

Leave a Comment