KWSP 2.0 : Maklumat Terkini Mengenai Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Semak Sekarang!

Ketika ini, rakyat Malaysia khususnya pencarum KWSP masih mengharapkan agar pengeluaran khas KWSP dibenarkan bagi kali kedua.

Dipetik daripada sumber Berita Harian, pencarum KWSP yang terdesak memerlukan pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar, mempunyai baki yang mencukup untuk membuat pengeluaran.

Untuk info lengkap, ikuti perkongsian dibawah.

PENCARUM MEMPUNYAI BAKI MENCUKUPI UNTUK PENGELUARAN KWSP 2.0

Mengikut hasil kajian yang dijalankan oleh Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memberitahu bawah, 79.6 peratus daripada 136,137 pencarum KWSP memiliki baki akaun 1 lebih daripada RM10,000.

Azmi Mohd Tahir yang merupakan Presiden bagi pertubuhan itu berkata, kajian itu telah dijalankan selama 12 hari bermula 20 Disember yang lalu, bagi menyediakan data-data sokongan tambahan bagi tuntutan pengeluara KWSP 2.0 secara bersasar.

PENGELUARAN KWSP 2.0 SECARA BERSASAR

Encik Azmi Mohd Tahir memberi kenyataan bahawa, pencarum-pencarum KWSP adalah mempunyai baki yang mencukupi sekiranya ingin membuat pengeluaran KWSP 2.0 secara bersasar setelah membuat kaji selidik.

Sebelum ini, PGIRM dilaporkan membawa suara 270,000 pencarum yang meminta kerajaan mempertimbangkan pelaksanaan pengeluaran KWSP 2.0 mengikut sasaran.

Permohonan daripada pencarum diterima melalui borang dalam talian dari Julai hingga November lalu, antara lain berikutan tekanan hidup susah akibat inflasi, pengurangan pendapatan yang tidak seimbang dan tunggakan hutang selepas pandemik COVID-19.

MAKLUMAT TERKINI PENGELUARAN KHAS KWSP

Baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi maklum balas berkenaan pengeluaran KWSP 2.0 bersasar ini. Beliau menyatakan pihak kerajaan perlu mempertimbangkan masa depan serta nasib ahli / pencarum KWSP sebelum membenarkan perlaksanaan pengeluaran khas KWSP sekali lagi.

Menurut beliau adalah lebih baik jika kerajaan mencari kaedah lain yang lebih berkesan untuk membantu rakyat menangani beban kos sara hidup.

Buat masa ini, kemungkinan pengeluaran KWSP ini tidak dapat dibenarkan dalam masa terdekat. Namun penganalisis ekonomi dari UniKL business school iaitu Profesor Madya Aimi Zulhazmi Abdul Rasid telah mencadangkan pilihan alternatif selain pengeluaran KWSP seperti berikut :

  • Pihak kerajaan boleh menubuhkan wakil jabatan khas dibawah agensi sedia ada bagi memperbaiki taraf kehidupan terutama untuk gologan sasar
  • Wang simpanan akaun KWSP pencarum boleh dikreditkan secara langsung kepada bank untuk melangsaikan hutang tertunggak pencarum
  • Menubuhkan 1 tabungan khas menerusi dana yang diterima daripada penderma dan wakaf yang dikecualiakan cukai
  • Bukan sekadar menyalurkan inisiatif berbentuk bantuan tunai bulanan, tetapi membantu secara langsung dari aspek seperti pekerjaan yang sesuai atau perniagaan.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk di channel Telegram rasmi kami iaitu :


Leave a Comment