Terkini : Senarai Bantuan Kerajaan Bagi Bulan Disember 2022 – Mohon Sekarang!

Kini kita berada di penghujung tahun 2022 itu bulan Disember. Terdapat beberapa bantuan disediakan yang boleh anda mohon dan dapatkan.

Kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri ada menyediakan beberapa bantuan khususnya untuk golongan yang berpendapatan rendah dan terjejas.

Oleh itu, kali ini pihak kami akan kongsikan beberapa bantuan yang boleh anda mohon dan dapatkan di bulan Disember ini. Ikuti perkongsian dibawah.

BAYARAN BANTUAN KEWANGAN JKM DISEMBER 2022

Bayaran bantuan kewangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi bulan Disember akan dikreditkan seperti biasa mengikut jadual yang ditetapkan.

Bagi bulan ini, bayaran bantuan JKM ini akan dikreditkan antara 1 dan 10 Disember 2022.

Antara bantuan JKM adalah seperti, Bantuan Warga Emas, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Am Persekutuan dan lain-lain lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai bantuan JKM ini, klik DI SINI

SKIM PEMBIAYAAN KEWANGAN USAHAWAN MIKRIO NEGERI PAHANG (i-Push)

Permohonan Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (i-Push) akan ditutup pada tarikh 14 Disember 2022.

Skim Pembiayaan Kewangan Usahawan Mikro Negeri Pahang (I-PUSH) ialah Pinjaman Kredit Mikro i-PUSH tanpa faedah untuk usahawan kecil meneruskan perniagaan mereka dengan baik semasa situasi inflasi hari ini.

Sebarang permohonan boleh dimuat secara dalam talian melalui portal berikut :
https://smu.pahang.gov.my/mohon.php

DISKAUN PTPTN

Selaras dengan pengumuman pembentangan Bajet 2023, kerajaan bersetuju memberi insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN kepada peminjam PTPTN.

Sehubungan itu, Kerajaan bersetuju memberikan diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN dari 1 November 2022 hingga 30 April 2023 pada kadar berikut:

  1. Diskaun 20 peratus ke atas baki hutang untuk penyelesaian penuh pinjaman;
  2. Diskaun 15 peratus untuk pembayaran sekurang-kurangnya 50 peratus daripada baki hutang dalam satu pembayaran; dan
  3. Diskaun 15 peratus untuk pembayaran melalui potongan gaji atau debit terus berjadual.

Peminjam boleh mendapatkan pengesahan baki untuk tujuan pembayaran penuh melalui portal PTPTN melalui pautan berikut : 

atau

Boleh menghubungi mana-mana Eksekutif Pemasaran PTPTN melalui pautan berikut https://www.ptptn.gov.my/bhunguni-ptptn

BANTUAN ZAKAT SELANGOR

Bagi warga Selangor khususnya Asnaf yang berdaftar di negeri Selangor yang terlibat dalam bencana banjir, anda kini boleh memohon bantuan ‘LZS Peduli’.

Ini adalah salah satu inisiatif bantuan dari Zakat Selangor secara “ONE-OFF” kepada KETUA-KETUA KELUARGA yang terjejas akibat BANJIR. Hanya SATU PERMOHONAN bagi setiap rumah kediaman.

Tarikh permohonan dibuka bermula 21 November 2022 hingga 31 Januari 2023.

Untuk permohonan lanjut, sila layari www.zakatselangor.com.my/peduli

BANTUAN MUSIM TENGKUJUH FASA 2

Bantuan ini adalah disediakan oleh RISDA. Setiap kelayakan akan menerima bayaran berjumlah RM600 dan ianya akan diberikan melalui dua fasa bayaran.

Untuk makluman, bayaran fasa pertama telah dilaksanakan pada November lalu berjumlah RM300.

Leave a Comment