Skim Bantuan Kewangan Khas Untuk Peniaga Baru Sehingga RM5000 – Mohon Sekarang!
Khas untuk anda yang ingin memulakan perniagaan baru.
Untuk makluman, terdapat satu bantuan yang boleh anda dapatkan sekiranya ingin memulakan perniagaan.
Sekiranya anda berkelayakan, anda akan menerima bantuan pembiayaan perniagaan sebanyak RM5000 menerusi skim yang telah diperkenalkan oleh kerajaan negeri Selangor iaitu NADI.
Untuk maklumat lanjut, sila ikuti perkongsian dibawah.
Table of Contents
PROGRAM SKIM NIAGA DARUL IHSAN
Skim Niaga Darul Ihsan (NaDi) menawarkan pembiayaan berbentuk kewangan sehingga RM5000 dikhususkan kepada individu yang ingin memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dan bagi usahawan yang tidak memiliki dokumen lesen perniagaab untuk mendapatkan modal pusingan perniagaan.
JUMLAH BAYARAN
Sekiranya anda layak, anda akan menerima pembiayaan berbentuk kewangan sehingga :
- RM5000
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Rakyat Selangor / bermastautin sehingga 5 tahun
- Mengundi dalam negeri Selangor
- Berumur 18 hingga 65 tahun
- Peminjam terdiri daripada wanita mewakili isi rumah
- Perlaksanaan dalam bentuk kumpulan ( 3 orang berkumpulan)
- Bersetuju menubuhkan kumpulan
SYARAT PEMBIAYAAN
- Had pembiayaan RM1000 sehingga RM5000
- Tempoh pembiayaan 25 minggu (6 bulan) sehingga 150 minggu (3 tahun)
- Caj perkhidmatan 8 peratus setahun
- Bayaran balik secara mingguan
DOKUMEN PERMOHONAN
- Salinan kad pengenalan pemohon
- 2 keping gambar berukuran pasport pemohon
- Salinan penyata akaun bank (header) atau muka depan buku akaun (yang menunjukkan no. akaun pemohon)
PANDUAN PERMOHONAN
- Langkah pertama, sila layari portal rasmi Hijrah Selangor iaitu http://mikrokredit.selangor.gov.my/
- Tekan bahagian ‘Create an Account’
- Kemudian sila isi maklumat yang diperlukan pada ruangan dan tekan ‘Submit’
- Seterusnya anda perlu lengkapakan maklumat permohonan yang diperlukan sehingga selesai.