Terkini : Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Tuntut Sekarang!

Ketika ini, pelbagai perkongsian yang kita dapat lihat di media sosial dimana segelintir pencarum KWSP khususnya meminta agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan.

Sekiranya anda pencarum KWSP yang ingin agar pengeluaran Khas KWSP 2.0 di luluskan, ini adalah peluang anda untuk menyokong agar pihak Kerajaan dapat memberi kelulusan.

PETISYEN TUNTUTAN PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

Baru-baru ini, seorang pengguna Change.org yang bernama Juniza Binti Sulaiman Jue Sulaiman telah memulakan sebuah petisyen untuk menyokong Pengeluaran Khas KWSP 2.0 ini.

Setakat ini, seramai 80,448 orang telah menandatangani petisyen tersebut. Kempen ini dilancarkan oleh rakyat yang juga ahli KWSP tanpa penglibatan dari mana-mana pihak politik.

Sekiranya anda bersetuju dengan gerakan tuntutan pengeluaran Khas KWSP 2.0 yang dilancarkan ini, anda boleh klik pautan dibawah sebagai tanda sokongan anda.

PETISYEN TUNTUT PENGELUARAN KHAS KWSP 2.0

HASHTAG KWSP BERSASAR

Selain pelancaran petisyen tersebut, terdapat satu lagi usaha dalam mendesak pihak kerajaan dapat membenarkan pengeluaran khas KWSP ini.

Salah satu pertubuhan iaitu Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat telah melancarkan kempen #KWSPbersasar. Sokongan-sokongan daripada pencarum KWSP amat diperlukan agar mereka meletakkan #KWSPbersasar tersebut di status media sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan lain-lain lagi.

Ianya adalah bertujuan agar pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri dapat dipercepatkan bagi membincangkan kebenaran Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan. 

Melihat daripada situasi ini, jelas sekali golongan ini sangat memerlukan langkah tersebut untuk melangsungkan kehidupan harian mereka yang terkesan dengan keadaan ekonomi sekarang.

Dengan adanya petisyen seperti ini, ianya dapat membuka mata pihak Kerajaan khususnya pihak KWSP itu sendiri dimana ketika ini rakyat Malaysia benar-benar terkesan dan terdesak.

1 thought on “Terkini : Tuntutan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 – Tuntut Sekarang!”

Leave a Comment