BKM FASA 4 : Kategori Ini Tidak Akan Terima Bayaran Keempat Nanti – Semak Sekarang!

Tahukah anda, ketika bayaran Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 4 (BKM) Disember nanti, terdapat satu kategori yang tidak akan terima bayaran.

Ini kerana, pembayaran bagi kategori tersebut telah selesai dilaksanakan dimana ianya hanya melalui dua fasa bayaran sahaja.

Nak tahu kategori mana yang pihak kami maksudkan? Ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KELUARGA MALAYSIA

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah. Ianya juga akan memberi manfaat kepada isi rumah B40 & M40, warga emas dan juga bujang.

KATEGORI TIDAK TERIMA BAYARAN BKM FASA 4

Untuk makluman anda, terdapat 1 kategori yang tidak akan terima bayaran fasa fasa keempat nanti, dimana bayaran untuk kategori tersebut telah selesai bayarannya.

Kategori tersebut adalah :

  • Kategori Bujang dan Ibu Bapa Tunggal (IBT) tidak mempunyai anak – berumur 59 tahun kebawah.

Kategori bujang tersebut hanya melalui dua fasa bayaran sahaja iaitu pada fasa 1 dan fasa 3 sahaja.

KATEGORI TERIMA BAYARAN RM900

Berikut adalah maklumat ringkas mengenai kategori mana yang layak menerima bayaran RM600 hingga RM900 nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900
3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900

JUMLAH BAYARAN BKM FASA 4

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas + Isi Rumah Warga Emas (RM300)
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 300
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 600
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 200
    • 3-4 Anak – RM 300
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)

  • TIADA BAYARAN
5) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 60 Tahun dan ke atas

  • Pendapatan (RM 0 – RM 5,000)

  • RM 150

TARIKH BAYARAN BKM FASA 4

Seperti yang telah dijadualkan, bayaran fasa ke-4 akan dilaksanakan pada Disember 2022 nanti. Tarikh rasmi bayaran belum diketahui lagi. 

Walaubagaimanapun, pihak kami akan maklumkan sekiranya ada makluman rasmi mengenainya.

SEMAKAN BKM FASA 4

Semakan BKM Fasa 4 boleh dibuat apabila ianya mula dilaksanakan. Berikut adalah cara untuk buat semakan :
  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

Leave a Comment