Bantuan Awal Persekolahan RM150 Untuk Semua Murid Tahun 2023 – Semak Sekarang!

Awal Oktober, telah berlangsungnya pembentangan Bajet 2023. Dengan bertemakan Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera Bajet 2023 kali ini telah memperuntukkan sebanyak RM372.3 bilion.

Dalam pembentangan tersebut, pelbagai inisiatif akan ditambah baik dan akan dilaksanakan pada tahun 2023 nanti. Antaranya adalah Bantuan Awal Persekolahan di mana, bantuan ini akan memanfaatkan kepada seluruh murid tanpa mengira had pendapatan.

Ikuti perkongsian dibawah untuk info lebih lanjut.

BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN

Bantuan Awal Persekolahan adalah salah satu bantuan yang akan diberikan kepada pelajar yang layak setiap tahun. Ianya bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibubapa / penjaga dalam persediaan awal persekolahan.

Sebelum ini, bantuan ini diberikan kepada murid-murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya dari kalangan keluarga yang berpendapatan Isi Rumah Kasar RM3,000.00 dan ke bawah.

Namun, pelaksanaan BAP 2023 kali ini berbeza, bantuan RM150 akan diberikan kepada semua murid tahun 1 hingga tingkatan 5 tanpa mengira had pendapatan.

KADAR BAYARAN

Bermula tahun 2023 nanti, setiap murid akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) tanpa mengira had pendapatan sebanyak :

  • RM150 setiap pelajar

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang ditetapkan bagi menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini :

  • Murid warganegara Malaysia (perlu dibuktikan dengan sijil lahir/mykid/mykad yang disahkan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara Malaysia)
  • Murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 atau yang setaraf dengannya yang berasal tanpa mengira had pendapatan.
  • Bantuan ini diberikan kepada murid-murid yang bersekolah di Sekolah Kerajaan (SK), Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK), Sekolah Agama Rakyat, Sekolah Agama Negeri dan Sekolah Swasta (selain sekolah antarabangsa).

TARIKH BAYARAN

Tarikh rasmi bagi bayaran Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini belum diumumkan lagi. 

Apa yang pasti, bayaran ini akan dilaksanakan pada bulan Januari 2023 nanti sama seperti BAP 2022 yang dibayar pada 17 Januari 2022.

KAEDAH BAYARAN

Bantuan akan disalurkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara berperingkat terus ke ;

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; ATAU
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai Akaun KWK

Leave a Comment