Terkini : Lakukan Perkara Ini Bagi Percepatkan Kelulusan Pengeluaran Khas KWSP 2.0

Seperti yang dapat kita lihat ketika ini, topik berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 kini menjadi semakin hangat di perkatakan yang boleh di lihat melalui perkongsian di media sosial.

Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat merupakan salah satu pertubuhan yang serius dalam memperjuangkan agar Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat di benarkan.

Ikuti perkongsian dibawah untuk info lanjut.

LAKUKAN PERKARA INI SEGERA

Menurut daripada sumber yang pihak kami terima, pertubuhan tersebut mengharapkan dan mengalu-alukan sokongan daripada pencarum-pencarum KWSP agar ianya dapat dipercepatkan.

Semalam, presiden Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat telah melancarkan kempen #KWSPbersasar. Sokongan-sokongan daripada pencarum KWSP amat diperlukan agar mereka meletakkan #KWSPbersasar tersebut di status media sosial seperti Facebook, Tweeter, Instagram dan lain-lain lagi.

Ianya adalah bertujuan agar pertemuan rasmi dengan Perdana Menteri dapat dipercepatkan bagi membincangkan kebenaran Pengeluaran Khas KWSP 2.0 dapat dilaksanakan. 

BORANG ADUAN TUNTUTAN PENGELUARAN BERSASAR

Pada 18 Ogos baru-baru ini, satu borang aduan telahpun dilancarkan iaitu Borang Aduan Tuntutan Pengeluaran Bersasar KWSP. Borang aduan tuntutan tersebut akan berkahir pada 28 Ogos 2022.

Sehingga kini, borang aduan tersebut telah mendapat sambutan di mana, sehingga hari Sabtu lalu, sebanyak 152 ribu borang aduan di isi dan diterima. 

Ini menunjukkan bahawa ketika ini pencarum KWSP khususnya amat benar-benar mengharapkan agar pihak kerajaan dapat membenarkan Pengeluarang Khas KWSP 2.0. 

Bagi anda yang belum dan ingin membuat aduan mengenai pengeluaran KWSP bersasar ini, anda boleh muat turun borang aduan tersebut di pautan berikut :

BORANG ADUAN TUNTUTAN PENGELUARAN BERSASAR KWSP

Leave a Comment