Terkini : Bantuan Lesen Memandu Yuran Serendah RM250 Untuk Rakyat Malaysia

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya bersyukur kerana kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu khususnya golongan yang tidak berkemampuan.

Bukan sahaja dari segi kewangan bantuan yang dihulurkan, bahkan pelbagai lagi jenis bantuan yang bakal memanfaatkan seluruh rakyat Malaysia.

Baru-baru ini, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah memperkenalkan bantuan baru iaitu Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM) untuk golongan B40 bagi mendapatkan lesen memandu kelas B2.

Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut.

BANTUAN LESEN KELUARGA MALAYSIA (BLKM)

Untuk makluman, BLKM merupakan Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MOT melalui JPJ yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

CSR ini telah dilaksanakan sejak tahun 1990-an melalui Program JPJ Bersama Rakyat sebelum menukar namanya kepada Program Satu Komuniti Satu JPJ dan Program Bantuan Lesen Memandu Prihatin.

Menurut Perdana Menteri, pelaksanaan BLKM adalah untuk golongan B40 dan masyarakat Orang Asli yang menghadapi kesukaran mengikuti kelas di institusi latihan memandu.

YURAN PENDAFTARAN RM250

Melalui pelaksanaan BLKM ini, individu yang berkelayakan akan menerima diskaun dan hanya dikenakan bayaran sebanyak :

  • RM 250

Jika diikutkan, kos sebenar bagi memiliki lesen ini adalah sebanyak RM 750 seorang. Dengan bantuan BLKM ini, individu yang layak akan jimat RM 500.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 16 tahun ke atas
  • Sihat fizikal dan mental
  • Tiada kecacatan fizikal
  • Tidak disenaraihitamkan (blacklist) oleh JPJ atau polis
  • Tidak mempunyai sebarang lesen memandu

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Setakat ini, pihak kami belum menerima kenyataan rasmi dikeluarkan mengenai bagaimana cara untuk memohon. Walaubagaimanapun, ianya akan kami kemaskini dari semasa ke semasa.

MAKLUMAT LANJUT

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut mengenai BLKM ini, anda boleh rujuk di https://www.facebook.com/motmalaysia

Leave a Comment