BKM Fasa 3 : Tarikh Jangkaan Bayaran Ketiga Bermula 25 September Ini

Anda sedia maklum bahawa, bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) akan diberikan pada bulan September ini seperti mana telah dijadualkan.

Minggu lalu, semakan kelayakan bagi status penerima fasa ketiga telah boleh di akses melalui web rasmi BKM 2022. Bagi anda yang belum membuat semakan, bolehlah melakukannya sekarang.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik lagi untuk bayaran ketiga September ini. Apa yang boleh kami kongsikan kali ini adalah tarikh jangkaan bayaran ketiga mengikut tarikh bayaran-bayaran BR1M, BSH dan BPR 2021.

Ikuti perkongsian dibawah.

JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah kadar bayaran bagi penerima yang layak setiap kategori pada fasa ketiga nanti :

1) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Pemohon berumur 59 tahun ke bawah

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,500)

    • Tiada Anak – RM 200
    • 1-2 Anak – RM 300
    • 3-4 Anak – RM 400

  • Pendapatan Isi Rumah ( RM 2,501 – RM 5,000)

    • Tiada Anak – RM 100
    • 1-2 Anak – RM 100
    • 3-4 Anak – RM 100
2) Kategori Isi Rumah (Kahwin) – Berumur 60 tahun dan ke atas 
  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)
    • Tiada Anak – RM 500
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 700

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • Tiada Anak – RM 400
    • 1-2 Anak – RM 400
    • 3-4 Anak – RM 400

3) Kategori Isi Rumah (IBT) Mempunyai Anak – Tiada Had Umur

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 0 – RM 2,501)

  • 1-2 Anak – RM 800
  • 3-4 Anak – RM900

  • Pendapatan Isi Rumah (RM 2,501 – RM 5,000)
    • 1-2 Anak – RM 600
    • 3-4 Anak – RM 600
4) Kategori Bujang & IBT Tidak Mempunyai Anak – 59 tahun dan ke bawah

  • Pendapatan (RM 0 – RM 2,500)
    • RM150

TARIKH JANGKAAN BKM FASA 3

Berikut adalah tarikh jangkaan bagi Bantuan Keluarga Malaysia (BKM Fasa 3) hasil daripada rumusan dan semakan bermula BR1M 2015 hingga BPR 2021 :

BR1M 2015 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 28 September 2015 

BR1M 2016 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 23 Jun 2016

BR1M 2017 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 16 OGOS 2017

BR1M 2018 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 28 Ogos 2018

BSH 2019 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 28 Ogos 2019

BSH 2020 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 7 Ogos 2020

BPR 2021 – fasa ketiga mula dikreditkan pada 28 September 2021

Jika dilihat tarikh-tarikh bayaran fasa ketiga yang bermula daripada BR1M 2016, kebanyakan bayaran tersebut mula dilaksanakan pada penghujung bulan iaitu 28 haribulan.

Jadi, apa yang pihak kami dapat simpulkan, jangkaan bayaran BKM Fasa 3 mungkin akan dilaksanakan bermula 25 SEPTEMBER 2022

Walaubagaimanapun, anda diminta untuk bersabar dan tunggu tarikh rasmi bayaran diumumkan oleh pihak kerajaan.

SEMAKAN BKM FASA 3

Sekiranya anda ingin membuat semakan kelayakan dan bayaran, anda boleh berbuat demikian melalui portal rasmi BKM iaitu :

  • https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan Status
  • Paparan kelayakan akan dipaparkan
  • Klik maklumat pembayaran untuk lihat status pembayaran

1 thought on “BKM Fasa 3 : Tarikh Jangkaan Bayaran Ketiga Bermula 25 September Ini”

Leave a Comment