Senarai Bantuan Kerajaan Bulan September 2022 – Semak Sekarang!

Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya rasa bersyukur dan bertuah kerana pelbagai inisiatif kerajaan telah diberikan dan bakal dilaksanakan dalam membantu kita menghadapi kehidupan yang kian mencabar.

Sehingga ke hari ini, pelbagai bantuan disalurkan tanpa henti. Ini menunjukkan kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam menjamin kesejahteraan rakyat Malaysia khususnya golongan yang terjejas.

Untuk itu, berikut dikongsikan senarai bantuan kerajaan yang akan diberikan pada bulan September 2022 nanti.

SENARAI BANTUAN KERAJAAN BULAN SEPTEMBER 2022

Berikut adalah senarai bantuan kerajaan yang akan diberikan pada bulan September nanti :

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM FASA 3)

Seperti dijadualkan, bayaran BKM fasa 3 akan mula dilaksanakan pada bulan September nanti, di mana penerima yang layak bakal menerima bayaran sehingga RM900.

Walaubagaimanapun, tiada tarikh spesifik mengenainya. Apa yang kami jangkakan, tarikh rasmi bayaran BKM Fasa 3 mungkin akan bermula 25 September atau hujung bulan nanti.

Bantuan Sara Hidup (BSH Mahasiswa)

Kerajaan Negeri Sembilan telah memperkenalkan program Bantuan Sara Hidup (BSH). Ianya bertujuan untuk membantu mahasiswa yang keluarganya berpendapatan rendah di negeri itu.

Apa yang menariknya, kerajaan negeri tersebut telah bersetuju akan menaikkan kadar bayaran sebanyak RM1,800 bermula September nanti.

Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS)

Bantuan Kehidupan Sejahtera ataupun dikenali sebagai BINGKAS, merupakan bantuan kerajaan negeri Selangor secara bulanan.

Setiap individu yang layak, mereka akan menerima bayaran sebanyak RM300 sebulan. Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan. 

Insentif i-Suri KWSP

Suri rumah di Malaysia adalah layak bagi menerima insentif tahunan sebanyak RM480.

Melalui bantuan ini, pelbagai faedah yang akan di perolehi melalui skim i-Suri dari KWSP ini di mana ibu-ibu dapat menabung dan jugak dapat menikmati pelbagai dividen tahunan. 

Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)

Mungkin anda tahu mengenai bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) ini.

Bantuan JKM ini adalah bantuan kebajikan khas kepada mereka yang memerlukan. Pelbagai bantuan yang disediakan melalui program ini seperti, Bantuan Orang Tua, Kanak-Kanak, OKU, Ibu Tunggal dan banyak lagi.

Leave a Comment