Program Bantuan Kewangan BUDI Sebanyak RM1500 – RM2000

Dalam usaha membantu meringankan beban rakyat Malaysia khususnya yang terjejas, pelbagai bantuan diperkenalkan dalam menjaga kebajikan. Tidak kira kerajaan negeri mahupun persekutuan, masing-masing telah mainkan peranan.

Terbaru, kerajaan negeri Sabah telah mengumumkan dimana, para pelajar IPT yang bakal melanjutkan pelajaran, mereka adalah layak untuk memohon bantuan kewangan. 

Setiap kelayakan, pelajar tersebut akan menerima bantuan kewangan sehingga RM 2,000. Ikuti perkongsian dibawah untuk lebih lanjut. 

PROGRAM BANTUAN BUDI

Program BUDI ini adalah merupakan bantuan kewangan yang ditawarkan kepada anak-anak negeri yang bakal memasuki Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bagi peringkat Matrikulasi / Asasi / Diploma dan Ijazah Sarjana Muda.
Melalui Program Bantuan BUDI ini dilaksanakan bagi tujuan memupuk dan menggalakan lebih ramai anak / pelajar melanjutkan pelajaran mereka di peringkat tinggi seperti IPTA dan IPTS.

KADAR BANTUAN BUDI

Berikut adalah kadar bayaran kepada individu yang layak :

  • Peringkat sijil Ijazah Sarjana Muda – RM 2,000
  • Peringkat sijil Diploma / matrikulasi / asasi – RM 1,500

SYARAT KELAYAKAN

Syarat kelayakan bagi setiap permohonan adalah seperti berikut :

  • Permohonan terbuka kepada individu / pelajar yang akan melanjutkan pengajian di IPTA atau IPTS tahun 2022 untuk kemasukan pertama kali ke IPT di seluruh Malaysia dan diiktiraf oleh Kerajaan.
  • Kepada penjaga atau ibu bapa merupakan tergolong dalam golongan B40 atau M40.
  • Pemohon harus berstatus warganegara Malaysia yang sah. Berasal dari negeri sabah
  • Pemohon / individu yang berumur 25 tahun dan ke bawah
  • Pelajar / pemohon yang sudah mendapatkan pengesahan kemasukan ke IPT.

CARA MOHON

Jika anda menepati syarat kelayakan yang telah ditetapkan, anda boleh membuat permohonan secara online seperti berikut :

  1. Langkah pertama, sila layari Portal Rasmi Program Bantuan BUDI – DI SINI
  2. Tekan pada butang “Daftar”
  3. Sila isi maklumat pemohon dengan lengkap dan tekan butang “Daftar”
  4. Kemudian Log masuk akaun anda yang telah anda daftarkan
  5. Sila ikuti arahan yang telah ditetapkan, isi maklumat permohonan dan sediakan dokumen yang diperlukan
  6. Hantar permohonan setelah semua maklumat lengkap di isi dan dokumen dimuat naik
  7. Selesai.

Nota tambahan : Sekiranya anda ingin mengetahui lebih terperinci berkenaan Program bantuan BUDI ini, anda boleh ke Laman Rasmi BUDI di atas atau hubungi terus talian Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Sabah – 088 369 872.

Leave a Comment