Bantuan Kerajaan
Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Untuk B40 Sebanyak RM300
Table of Contents
MOHON BANTUAN KEHIDUPAN SEJAHTERA RM300 BAGI GOLONGAN B40
Pihak kerajaan Malaysia telah memperkenalkan bantuan BINGKAS ataupun lebih dikenali bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor sama ada melalui kerajaan pusat atau negeri bagi memudahkan juga meringankan beban mereka yang memerlukan.
JOIN CHANNEL TELEGRAM
Tujuan utama program ini adalah untuk mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak jemu dalam menguruskan hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak, serta menangani wabak tersebut.
Menteri besar Selangor Y.A.B Dato’ Seri Amirudin Bin Shari berkata program ini dapat menambahbaikkan Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Kasih Ibu Smart Selangor Ibu Tunggal (KISS IT) bertujuan untuk dirasai bukan sahaja golongan ibu malah seluruh isi keluarga.
Setiap bulan seramai 30,000 keluarga yang menerima sebanyak RM300 untuk menampung pembelian barang keperluan asas serta peralatan pendidikan.
SYARAT PERMOHONAN
Untuk mengetahui lebih tentang syarat permohonan program ini. Sila semak pautan ini BINGKAS
Program ini dibuka untuk :
- Warganegara Malaysia.
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
- Pemilih berdaftar di Selangor
- Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
- Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan
CARA MEMOHON
Untuk memohon bantuan ini, Sila layari laman sesawang BINGKAS untuk mengemaskini nombor telefon anda dan membuat permohonan.