E-KASIH 2021 : CARA BUAT PERMOHONAN BARU & SEMAKAN BANTUAN
Dalam kita menghadapi krisis dari segi ekonomi berikutan pandemik Covid-19 yang kini melanda negara kita, Kerajaan sedia ada terus membantu dan berusaha untuk menjamin kesejahteraan rakyatnya khususnya mereka yang terjejas pendapatannya dan juga yang kehilangan pekerjaan.
Table of Contents
APA ITU E-KASIH?
e-Kasih merupakan sistem Bank Data Kemiskinan Nasional yang mengandungi maklumat mengenai kemiskinan bermula dari profil individu, program / bantuan yang diterima oleh Ketua Isi Rumah (KIR) dan Ahli Isi Rumah (AIR) daripada agensi pemberi bantuan sehinggalah kepada permohonan bantuan dan pemantauan keberkesanan program / bantuan yang diterima.
Maksud Ketua Isi Rumah (KIR)
KIR adalah daripada kalangan ahli isi rumah sesuatu tempat kediaman yang bertanggung jawab atau diberi tanggung jawab terhadap kebajikan ahli isi rumah di mana dia tinggal.
Maksud Ahli Isi Rumah (AIR)
AIR ialah mereka yang dianggap sebagai penghuni atau tanggungan di sesuatu tempat kediaman di mana mereka tinggal.
AKSES UTAMA E-KASIH
Berikut akses utama yang yang boleh dilakukan dalam sistem e-Kasih ini iaitu :
- Membuat semakan status kemiskinan secara online
- Menyelaraskan maklumat bantuan
- Penemaskinian maklumat kemiskinan secara online
- Pengiraan Status Kemiskinan (miskin/miskin tegar) secara automatik berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
- Penjanaan Laporan dan statistik kemiskinan
- Poverty mapping dan pemantauan kemiskinan
SENARAI BANTUAN E-KASIH
Pelbagai bantuan yang anda boleh dan layak mohon melalui e-Kasih ini, namun ianya bergantung kepada kelayakan anda. Berikut adalah senarai bantuan e-Kasih :
- Bantuan i-Suri KWSP
Sekiranya anda penerima e-Kasih, anda juga layak menerima bantuan i-Suri KWSP sebanyak RM480. - Bantuan Ibu Tunggal dan Warga Emas
Sepanjang tempoh PKP & juga pasca PKPB serta PKPD, banyak bantuan diberikan kepada kelompok ibu tunggal dan orang tua yang berkelayakan berdasarkan senarai nama di bawah sistem ini - Bantuan OKU dan Bantuan Anak Yatim
- Bantuan Persekolahan
Jika anda penerima bantuan e-Kasih, sekiranya anak anda telah bersekolah (Rendah / Menengah), anak anda layak untuk menerima bantuan persekolahan. - Bantuan Khas Bakul Makanan JKM
Jika anda penerima e-kasih,anda juga layak menerima Bantuan Khas Bakul Makanan JKM tanpa perlu isi borang permohonan ekasih disebalik perintah PKPB & PKPD di Melaka, Kuala Lumpur KL, Negeri Sembilan, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah, Sarawak, Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang Penang, Perak, Selangor dan Pahang. - Dan banyak lagi.
SYARAT KELAYAKAN
- Pendapatan Garis Kemiskinan (Bandar) – RM1,500
- Pendapatan Garis Kemiskinan (Luar Bandar) – RM1,000
Untuk rujukan terperinci mengenai PGK semasa mengikut negeri, sila rujuk pautan di bawah ini :
SEMAKAN E-KASIH
Semakan status eKasih boleh dibuat secara online melalui pautan berikut:
Anda juga boleh menghubungi ICU JPM melalui Pejabat Pembangunan Negeri (PPN – Bahagian / Unit Kesejahteraan Rakyat) dan memberikan maklumat seperti nama atau nombor kad pengenalan untuk semakan dan pengesahan status.
Nota : Sila kemaskini maklumat anda dari semasa ke semasa agar memudahkan proses validasi kelayakan.
PERMOHONAN E-KASIH
Bagi anda yang ingin membuat permohonan, berikut adalah proses permohonan :
PENDAFTARAN E-KASIH
Individu yang ingin mendaftar boleh merujuk kepada Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri (PPN).
Individu / orang awam boleh hadirkan diri ke Pejabat Pembangunan Negeri (PPN) atau Pejabat Daerah yang berdekatan atau melalui :
- telefon
- surat
- e-mel rasmi
- membuat laporan atau mendaftar kes kemiskinan melalui Pemimpin Tempatan, Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) atau Majlis Perwakilan Penduduk (MPP)
Berikut adalah senarai nombor telefon yang boleh dihubungi untuk tujuan pendaftaran :
MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN
- Lokasi
- Kediaman
- Pendidikan
- Kemahiran dan pekerjaan
- Harta
- Kesihatan
- Bantuan
- Pendapatan
*Data eKasih digunakan oleh agensi pemberi bantuan bagi mengenal pasti mereka yang benar-benar layak berasaskan kepada profil terkini dan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa.