Bantuan Kewangan Sehingga RM500 Untuk Anda Pada Jun Ini
Bantuan Anak Pelihara.
Jabatan Kebajikan Masyarakat merujuk kepada salah satu kementerian kerajaan Malaysia yang sentiasa memainkan peranan penting dalam menyantuni dan menjaga dalam menjamin kesejahteraan khususnya kepada masyarakat yang terjejas.
Bermula dari penubuhannya, pelbagai perkhidmatan dan bantuan telah disediakan seperti psikologi dan kaunseling, pengurusan bencana, dan skim bantuan kebajikan. Perkhidmatan ini diberikan untuk golongan yang memerlukan seperti golongan Warga Emas, Kanak-kanak, OKU dan banyak lagi.
Untuk kali ini, kami ingin berkongsi kepada anda mengenai satu lagi bantuan yang disediakan oleh JKM iaitu Bantuan Anak Pelihara (BAP).
Oleh itu, ikuti perkongsian dibawah mengenai maklumat terperinci bantuan ini.
Table of Contents
BANTUAN ANAK PELIHARA
KADAR BANTUAN
- RM250 sebulan – seorang
- Maksimum RM500 sebulan – 2 orang atau lebih
KRITERIA KELAYAKAN
- Kanak-kanak berumur bawah 18 tahun;
- Kanak-kanak yang tidak mempunyai ibu bapa;
- Kanak-kanak bukan diambil sebagai anak angkat menerusi Akta Pengangkatan 1952 atau Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952; atau
- Kanak-kanak tinggal bersama dengan keluarga pelihara melalui:-
- Kanak-kanak yang diambil dari “Program Anak Pelihara” yang dikendalikan oleh JKM; atau
- Kanak-kanak yang dipelihara di bawah perintah Mahkamah Bagi Kanak-Kanak mengikut Akta Kanak-Kanak 2001.
CARA PERMOHONAN
- Setiap pengendalian permohonan bantuan kewangan ini hendaklah dibuat melalui peringkat Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah / Jajahan / Bahagian di seluruh negara.
- Setiap permohonan yang didaftarkan akan dijalankan siasatan untuk penilaian bagi mengesahkan kelayakan bantuan kepada pemohon.
Untuk memudahkan urusan permohonan, setiap pemohon hendaklah menyediakan beberapa dokumen sokongan bagi memudahkan urusan pentadbiran iaitu :
- Salinan Kad Pengenalan Suami / Isteri / Ibu / Bapa / Anak Yang Tinggal Bersama.
- Salinan Sijil Kelahiran anak-anak / Ahli keluarga yang tinggal bersama / salinan sijil kelahiran anak-anak / ahli keluarga yang tinggal bersama.
- Salinan penyata gaji (jika ada)
- dan lain-lain dokumen yang berkaitan
SOALAN LAZIM
Jawapan : Kadar bayaran bagi bantuan ini adalah RM250 maksimum RM500 sebulan
2. Berapakah umur kelayakan untuk memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)?
Jawapan : Kanak-kanak yang berumur 18 tahun kebawah
3. Bagaimana cara untuk memohon Bantuan Anak Pelihara (BAP)?
Jawapan : Sebarang permohonan hendaklah dibuat melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat yang berhampiran kawasan anda.
MAKLUMAT LANJUT
Jabatan Kebajikan Masyarakat
Aras 6, 9-18
No 55, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya
Telefon : 03 – 8000 8000
Faks : 03 – 8323 2045