PEMULIH : RASMI! Bayaran Bantuan Khas Covid-19 (B40) Akan Bermula 6 September

Dalam menghadapi pandemik Covid-19 yang melanda ketika ini, sudah tentu ianya akan menjejaskan ekonomi rakyat Malaysia khususnya mereka yang telah kehilangan pekerjaan dan pendapatan harian.

Maka oleh itu, atas dasar prihatin Kerajaan ketika ini, bantuan yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia iaitu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) akan dilaksanakan pada 6 September 2021.

Ikuti perkongsian dibawah mengenai Bantuan Khas Covid-19 (BKC)

BANTUAN KHAS COVID-19

Tujuan utama bagi pakej bantuan ini adalah untuk memberikan bantuan menyeluruh kepada rakyat menghadapi kehidupan seharian dalam tempoh pelaksanaan PKP ini.

Dalam ucapan beliau mengatakan, nilai keseluruhan Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) ini berjumlah RM150 bilion dimana ianya merangkumi suntikan langsung fiskal Kerajaan sebanyak RM 10 bilion.

KADAR BANTUAN BKC B40

Dalam ucapan PM semalam, bagi memastikan rakyat mendapat bantuan menyeluruh sehingga akhir tahun 2021, bayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) bagi kategori B40 akan melalui dua Fasa dan pada kadar :
Isi Rumah (B40) – RM800
  • RM500 (September)
  • RM300 (Disember)
Bujang (B40) – RM200
  • RM200 (Ogos)

Secara keseluruhan, pemberian khas Bantuan Khas Covid-19 (BKC) ini dijangkakan bakal memanfaatkan lebih 11 juta isi rumah dan individu warga emas serta bujang dengan jumlah peruntukan sebanyak RM4.6 bilion.

TARIKH BAYARAN BKC

Melalui pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob mengenai Bantuan Khas Covid-19 (BKC) B40 ini, ianya akan bakal dilaksanakan secara berperingkat bermula :
  • 6 September 2021

CARA PERMOHONAN

Mengenai cara permohonan bagi Bantuan Khas Covid-19 ini, anda tidak perlu bagi membuat sebarang permohonan kerana, semakan kelayakan dan bayaran akan dilakukan secara automatik berdasarkan data sedia ada seperti :
  • Kategori Miskin Tegar – BPR 2021
  • B40 – BPR 2021
  • M40 – Percukaian (LHDNM) 

Leave a Comment