MYSALAM : Cara Membuat Tuntutan Bantuan Sehingga Rm700

Sebelum ini, pihak kami ada berkongsi kepada anda mengenai bantuan kewangan yang anda boleh mohon sekiranya anda telah di kuarantin disebabkan oleh jangkitan Covid-19 iaitu, melalui bantuan kewangan NADMA RM100 sehari.

Selain bantuan NADMA, terdapat satu lagi skim bantuan kewangan yang anda boleh mohon dimana skim ini akan memberi takaful perlindungan secara percuma dari segi kewangan sebanyak RM50 sehari sehingga 14 hari sekiranya anda telah dikuarantin disebabkan Covid-19. Skim yang dimaksudkan adalah Skim Perlindungan Masyarakat MySalam.

Oleh itu, perkongsian kali ini kami akan berkongsi kepada anda cara untuk membuat permohonan bagi memudahkan anda untuk memohon. Ikuti perkongsian dibawah.

MySALAM

MySalam merupakan salah satu inisiatif dan usaha kerajaan yang diperkenalkan oleh Tun Mahathir Mohamad ketika masih menjadi Perdana Menteri pada tahun 2019. Melalui skim bantuan ini, kerajaan telah menyediakan perlindungan takaful percuma kepada 3.69 juta penerima yang berumur diantara 18 sehingga 55 tahun beserta pasangan.

Ianya bertujuan untuk memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat MySalam melalui Tabung Amanah MySalam.  Di bawah skim ini, kerajaan akan menyediakan bantuan maksimum RM700 bagi golongan B40 sekiranya mereka telah dikuarantin disebabkan Covid-19.

KADAR BANTUAN

Sekiranya anda telah dikuarantin (diwad / dirumah) disebabkan Covid-19, anda layak memohon bantuan kewangan MySalam ini pada kadar :

  • RM50 Sehari (sehingga 14 hari)

SYARAT KELAYAKAN

Beberapa syarat yang telah di tetapkan bagi setiap permohonan iaitu :

  1. Penerima bantuan Bantuan Sara Hidup
  2. Berumur 18 hingga 65 tahun, dan pasangan
  3. Berumur 40 hingga 65 tahun, bujang dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
  4. OKU berumur 18 hingga 65 tahun dan berpendapatan kurang dari RM24,000 setahun.
Manfaat bagi penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) :
  • Bantuan RM8,000 + Hospitalisasi untuk maksimum selama 14 hari bagi pesakit yang kritikal.

SEMAKAN MySALAM

Sebelum melakukan sebarang penebusan, pastikan anda membuat semakan terlebih dahulu bagi memastikan kelayakan anda. Berikut adalah cara untuk membuat semakan :

  1. Sila layari web rasmi MySalam iaitu : 
    https://www.mysalam.com.my/
  2. Masukkan ‘No Kad Pengenalan
  3. Klik ‘Semak
  4. Paparan mengenai status kelayakan anda akan dipaparkan

CARA MOHON DAN MEMBUAT TUNTUTAN

Terdapat dua kaedah yang anda boleh lakukan melalui proses ini iaitu :

  • Secara Online
  • Secara Manual

Berikut adalah cara-caranya :

Secara Online

  • Log masuk di :
    https://www.mysalam.com.my/b40/info/
  • Sekiranya anda belum berdaftar, sila klik ‘Log Masuk Kali Pertama‘ dan ikuti arahan seperti yang diarahkan
  • Pengesahan nombor telefon akan dihantar. Jika nombor telefon anda sudah tidak digunakan, sila hubungi talian bantuan untuk pihak mereka melakukan ‘reset‘ kata laluan anda. Setelah itu, anda boleh masukkan kata laluan baru.
  • Selepas itu, sila kemaskini maklumat yang diminta dan muatnaik dokumen yang diperlukan

Secara Manual

Sekiranya anda ingin memohon dan membuat tuntutan secara manual anda boleh :

  • Kunjungi mana-mana kiosk MySalam berhampiran
  • Sila sertakan salinan kad pengenalan dan boran Annex 14 & 17
  • Serahkan segala dokumen yang berkait untuk memudahkan proses tuntutan anda

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda ada sebarang pertanyaan dan ingin ketahui lebih lanjut mengenai skim MySalam ini, anda boleh berhubung melalui :

Telefon : 1-300-88-8938

6 thoughts on “MYSALAM : Cara Membuat Tuntutan Bantuan Sehingga Rm700”

  1. Mmg pun. Asyik ulang "Panggilan anda adalah penting kepada kami. Sila tggu di talian untuk pegawai yang bertugas".

    Reply
  2. Berapa kali call x jawap panggilan Di email x di balas?? apa pengurusan kamu bgini arr?? tahap kesabaran org ada limit bgtau info apa sebab lambat pengurusan kamu??

    Reply
  3. Sial betul ar keje macam ni…keje macam ni..makan gaji buta…tak nak layan customer…buat2 sibuk..butuh betul la perangai

    Reply
  4. Babun betul la pekerja my salam ni…pemalas nak angkat…esok mnta2 tangan tak leh angkat terus…mcm mn keje korang ni…masuk keje…mmg off line telefon…punya banyak pegawai…sekor xnk angkt…

    Reply

Leave a Comment