JARINGAN PRIHATIN : Cara Membuat Penebusan RM180 & RM300
Sebelum ini mengenai Program Jaringan Prihatin B40 di mana tempoh pendaftaran bagi setiap permohonan akan berakhir pada 31 Julai lalu. Namun, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menerusi kenyataannya memberitahu bahawa tempoh permohonan program tersebut akan dilanjutkan sehingga 30 September 2021.
Melalui program ini, kerajaan menyediakan bantuan RM300 bagi setiap pembelian peranti baru dan RM180 bagi melanggan pelan data bulanan dari syarikat telekomunikasi yang terdapat di Malaysia.
Untuk kali ini, pihak kami akan berkongsi kepada anda mengenai cara pendaftaran permohonan Program Jaringan Prihatin B40 ini. Ikuti perkongsian di bawah.
Table of Contents
PROGRAM JARINGAN PRIHATIN
Program yang berjumlah RM3.5 bilion ini adalah sebuah inisiatif kerajaan yang telah di umumkan ketika pembentanan Belanjawan 2021. Ianya akan memanfaatkan kepada 8.4 juta penerima yang telah berdaftar melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR).
Daripada jumlah keseluruhan, kerajaan akan membelanjakan sebanyak RM2 bilion manakala syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan pula akan memberi sumbangan tambahan berjumlah 1.5 bilion dalam bentuk data percuma.
Untuk makluman, dalam pelaksanaan program ini, Kementerian Kewangan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan bekerjasama bersama dua belas syarikat yang ada di Malaysia.
KELAYAKAN DAN KADAR BANTUAN
- Mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
Bantuan untuk Pakej Peranti : RM300 atau
Bantuan Untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan : RM180
- Tiada anak di bawah umur 18 tahun
Bantuan untuk Pakej Peranti : RM180 atau
Bantuan untuk Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan (RM15/bulan) RM180
12 SYARIKAT TELEKOMUNIKASI
Berikut adalah antara 12 syarikat telekomunikasi yang terlibat dalam pelaksanaan program ini :
- Celcom
Jaringan Prihatin Celcom - Digi
Jaringan Prihatin DiGi - Maxis
Jaringan Prihatin Maxis - Mcalls
- redONE
- speakOUT
- TuneTalk
- UMobile
Jaringan Prihatin u-Mobile - unifi Mobile
Jaringan Prihatin Unifi - XOX Mobile
Jaringan Prihatin XOX - YES
Jaringan Prihatin YES - Yoodo
Jaringan Prihatin Yoodo
KAEDAH PENEBUSAN RM180 & RM300
Berikut adalah cara untuk membuat penebusan Program Jaringan Prihatin :
- Semak kelayakan anda di portal rasmi BPR iaitu :
https://bpr.hasil.gov.my/ - Daftar sebagai pelanggan di syarikat komunikasi yang mengambil bahagian (sila klik link di atas mengikut syarikat telekomunikasi)
- Tentukan sama ada anda ingin memilih pakej berikut :
– Pembelian peranti baharu
– Pembelian pelan data internet bulanan - Selesai! Anda kini boleh menikmati data percuma dengan data tambahan yang ditawarkan.