BELANJAWAN 2024

RASMI : Bantuan Khas RM2500 Untuk Individu Yang Layak

Bantuan Khas RM2500 Untuk Individu Yang Layak.
Bantuan kewangan ini merupakan sebuah inisiatif yang telah dibentangkan ketika belanjawan 2024 yang akan disalurkan pada tahun ini. Pihak kerajaan Negeri Sembilan telah memaklumkan insentif tambahan ini akan disalurkan kepada penerima yang layak.

BANTUAN KHAS RM2500

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh pihak kerajaan negeri pada tahun ini bagi memberi manfaat kepada rakyat yang memerlukan. Antaranya adalah program pemberian bantuan kewangan khas (BKK) yang disalurkan secara berperingkat.

Pada sidang Belanjawan 2024, pihak kerajaan Negeri Sembilan telah bersetuju memperkenalkan bantuan tunai khas RM2500 atau 1 bulan setengah gaji. Insentif istimewa ini diberikan kepada para penjawat awam negeri sebagai tanda penghargaan.

Atas keprihatinan kerajaan, perlaksanaan bantuan khas ini dilancarkan dengan harapan dapat menyuntik semangat mereka untuk berkerja dengan lebih baik. Pemberian insentif bantuan ini adalah sempena musim awal persekolahan dan menyambut bulan puasa dan raya pada tahun ini.

SENARAI PENERIMA

Untuk makluman, sekitar 6,662 para penjawat awam dibawah pentadbiran negeri akan terima insentif khas ini. Pengagihan bantuan akan dilakukan secara 2 kali iaitu pada penghujung bulan Februari dan hujung bulan Mac 2024.

Bayaran pertama diberikan adalah sempena musim kemasukan persekolahan dan menyambut bulan puasa yang bakal tiba. Bayaran kedua pula adalah bagi sempena menjelang sambutan hari raya aidilfitri tahun ini.

BANTUAN KHAS PELAJAR

Bukan itu sahaja, kerajaan negeri juga telah memaklumkan akan meneruskan pemberian sumbangan bantuan anak sekolah (BAS) kepada para pelajar. Bantuan khas (BAS) ini memperuntukan insentif sebanyak RM900,000.

Manakala bantuan biasiswa anak negeri bagi pelajar-pelajar sekolah menengah yang berkelayakan juga akan diteruskan dengan melibatkan peruntukan berjumlah RM800,000. Untuk ketahui butiran lebih terperinci berkenaan program bantuan kerajaan negeri, sila ke laman rasmi bantuan iaitu https://www.mbs.gov.my

MAKLUMAT LANJUT

Ketika pembentangan Belanjawan 2024 Oktober lalu, kerajaan telah mengumumkan pelbagai bantuan yang boleh rakyat Malaysia dapatkan dan manfaatkan. Ini menunjukkan kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam membantu golongan yang terjejas. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button