STR 2024

Rasmi : Bayaran STR Fasa 1 Dinaikkan & Telah Dikreditkan

Rasmi : Bayaran STR Fasa 1 Dinaikkan & Telah Dikreditkan.
Bermula 29 Januari lalu, bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah dikreditkan kepada penerima yang layak dimana bayaran tersebut lebih awal daripada yang telah dijadualkan.

BAYARAN STR FASA 1

Dalam pelaksanaan kali ini, seramai 8.2 juta penerima akan terima bayaran bermula Isnin ini. pembayaran itu akan dibuat kepada penerima yang berdaftar dalam pangkalan data STR melalui pengkreditan ke dalam akaun bank atau disalurkan secara tunai melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) secara berperingkat, mengikut kategori kelayakan STR masing-masing.

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

BAYARAN STR TELAH DINAIKKAN

Menurut MOF, kerajaan telah menaikkan bayaran kepada RM500 bagi penerima kategori isi rumah, berbanding bayaran maksimum RM300 pada tahun lepas, bagi membantu sebilangan besar rakyat menangani kesan peningkatan kos sara hidup.

TARIKH BAYARAN

Seperti yang telah diumumkan, ianya akan mula disalurkan pada :

  • 29 JANUARI 2024
BAYARAN STR FASA 1

KADAR BAYARAN STR FASA 1

Berikut adalah kadar bayaran bagi setiap kategori yang layak :

KATEGORI BUJANG (PENDAPATAN RM2,500)

  • RM100

WARGA EMAS TIADA PASANGAN (60 TAHUN KEATAS)

  • RM150

KATEGORI ISI RUMAH (PENDAPATAN RM2,500)

  • Bilangan anak (0) : RM500
  • Bilangan anak (1-2) : RM500
  • Bilangan anak (3-4) : RM500
  • Bilangan anak (>5) : RM500

ISI RUMAH (PENDAPATAN RM5,000)

  • Bilangan anak (0) : RM100
  • Bilangan anak (1-2) : RM150
  • Bilangan anak (3-4) : RM250
  • Bilangan anak (>5) : RM300

SEMAKAN & PERMOHONAN BARU MYSTR 2024

Sekiranya anda ingin membuat semakan mengenai status kelayakan dan kemaskini bagi permohonan baru STR, ianya boleh dikemukakan bermula 1 November lagi. Anda boleh berbuat demikian dengan memasuki portal rasmi MySTR iaitu RUJUK DISINI.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button