STR 2024

Tarikh & Jumlah Keseluruhan Bayaran STR 2024

Kerajaan sedia ada sentiasa komited dalam memberi sumbangan khas untuk rakyat Malaysia yang memerlukan.

Pada belanjawan 2024 Oktober lalu, Perdana Menteri memberitahu bahawa kerajaan bersetuju akan meneruskan bantuan tunai Sumbangan Tunai Rahmah pada tahun hadapan.

Berikut kami kongsikan mengenai tarikh dan jumlah bayaran yang diterima oleh penerima yang layak.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH 2024

Program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan bantuan Kerajaan kepada golongan berpendapatan rendah serta sederhana yang benar-benar berkelayakan dan memerlukan bagi mendepani cabaran kos sara hidup.

Hikmah penyasaran semula subsidi membolehkan Kerajaan menambah baik dan meningkatkan pemberian tunai kepada rakyat melalui STR 2024 dalam memastikan isi rumah berpendapatan rendah
terus diberi bantuan sewajarnya.

TARIKH BAYARAN

Untuk pengetahuan anda, bayaran STR 2024 ini akan dilakukan secara berfasa sama seperti sebelumnya. Ianya akan melalui 4 fasa bayaran dan bayaran pertama adalah :

  • FEBRUARI 2024

SYARAT KELAYAKAN STR 2024

Seperti kebiasaannya, bantuan tunai seperti ini akan menyasarkan hanya kepada rakyat Malaysia yang betul-betul memerlukan. Oleh itu, beberapa syarat kelayakan telah ditetapkan iaitu :

  • Isi Rumah
    • i. Kahwin; atau
    • ii. Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang
    • menepati syarat; dan
    • iii. Pendapatan Isi Rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • b. Warga Emas Tiada Pasangan
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 60 tahun dan ke atas; dan
    • iii. Pendapatan Warga Emas Tiada Pasangan adalah RM5,000 dan ke bawah.
  • c. Bujang
    • i. Bujang atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
    • ii. Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • iii. Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • iv. Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
    • v. Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.

JUMLAH BAYARAN STR 2024

Berikut adalah jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima yang layak mengikut kategori masing-masing :

str 2024

Untuk makluman, bantuan Sumbangan Asas Rahmah dilanjutkan dan akan dinaiktaraf kadar bayarannnya.

str 2024

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button