BINGKAS

Kredit E-Wallet Percuma RM300 Sebulan Untuk Rakyat Malaysia

Kredit E-Wallet Percuma sebanyak RM300 akan disalurkan kepada rakyat Malaysia yang berkelayakan. Apa yang menariknya, bantuan kredit e-wallet ini akan disalurkan secara bulanan menerua program Bantuan Kehidupan Sejahtera BINGKAS.

Walaubagaimanapun, bantuan ini hanya tertumpu kerajaan negeri Selangor sahaja. Sekiranya anda adalah rakyat negeri tersebut, jangan lepaskan peluang ini kerana permohonan boleh dikemukakan bermula hari ini.

KREDIT E-WALLET RM300 BINGKAS

Menteri Besar Selangor Y.A.B. DATO’ SERI AMIRUDIN BIN SHARI berkata bantuan ini bagi mengiktiraf peranan penting ketua keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Dengan dana sebesar RM108 juta, ianya akan memanfaatkan lebih 30 ribu ahli keluarga terdiri daripada golongan B40. Bayaran sebanyak RM300 akan diagihkan secara automatik ke dalam akaun e-wallet KISS.

bantuan bingkas 2023

MANFAAT BINGKAS

Selain menerima bantuan kredit e-wallet RM300 ini, isi keluarga yang layak juga akan menerima manfaat lain, antaranya :

  • Had pembelian RM300
  • Baki tidak dibawa ke bulan seterusnya.
  • Tambah nilai secara automatik pada setiap bulan.
  • Boleh membeli barang keperluan asas dan perihal pendidikan (keperluan sekolah seperti buku).

SYARAT KELAYAKAN KREDIT E-WALLET RM300

Walaubagaimanapun, beberapa syarat ditetapkan agar bantuan ini disalurkan kepada individu yang benar-benar memerlukan :

  • Warganegara Malaysia.
  • Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun.
  • Pemilih berdaftar di Selangor 
  • Tanggungan berumur 18 tahun ke bawah.
  • Pendapatan isi rumah dibawah RM3000/Sebulan

KAEDAH BAYARAN

Untuk makluman semua, bantuan ini bukanlah disalurkan secara wang tunai. Akan tetapi, setiap isi keluarga yang layak, mereka akan terima bayaran tersebut melalui kredit e-wallet.

CARA MOHON

Sila kemukakan permohonan anda melalui portal rasmi iaitu : https://www.bingkasselangor.com/

Beberapa dokumen penting yang perlu anda sediakan adalah :

  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan (jika ada)
  • Salinan kad pengenalan/ mykid/ surat lahir anak/ tanggungan
  • Salinan slip/ penyata gaji untuk penjawat awam
  • Salinan penyata EA atau KWSP untuk pekerja swasta
  • Surat pengesahan penyata pendapatan dari ketua komuniti bagi bekerja sendiri atau tidak bekerja
  • Dokumen lain yang berkaitan

MAKLUMAT LANJUT

Pelbagai lagi bantuan yang telah disediakan oleh pihak kerajaan yang boleh anda dapatkan pada tahun ini. Untuk lebih lanjut, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button