Bantuan Kerajaan

EMADANI RM100 : Tuntut Kredit Percuma Sebelum 20 Februari

eMadani RM100 : Tuntutan kredit percuma bernilai RM100 adalah sebelum 20 Februari. Untuk makluman, kredit eMadani ini telah mula ditebus pada 4 Disember lalu bagi golongan B40 dan M40 yang berumur 21 tahun keatas.

EMadani ini merupakan inisiatif tambahan yang diluluskan oleh pihak kerajaan dimana bantuan sebelum ini iaitu E-Tunai Rahmah RM200 telah dilaksanakan pada Julai lalu. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah ini.

eMadani RM100

EMadani RM100 ini merupakan inisiatif tambahan berbentuk bantuan e-tunai yang akan dikreditkan ke dalam aplikasi e-wallet bagi rakyat Malaysia yang berkelayakan sahaja. Ianya telah mula dikreditkan bermula 4 Disember lalu di mana seramai 10 juta penerima bakal dan telah menebus bantuan tersebut.

TARIKH DAFTAR & TEBUS

Pendaftaran dan tarikh untuk menebus kredit eMadani bermula :

  • 4 DISEMBER 2023

Untuk makluman anda semua, kredit eMadani ini masih boleh ditebus dan dituntut. Ini kerana, tarikh akhir untuk anda membuat tuntutan adalah pada 20 FEBRUARI 2023.

SYARAT KELAYAKAN eMadani

Walaubagaimanapun, bantuan ini tertakluk dengan beberapa syarat kelayakan, antaranya :

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun ke atas (1 Januari 2023)
  • Pendapatan tidak melebihi RM100,000 setahun
  • Golongan B40 dan M40
  • Penerima STR 2023

CARA TEBUS

Sebarang permohonan dan tuntutan boleh dilakukan bermula esok hari. Bagi anda yang ingin membuat penebusan eMadani ini, ianya boleh dilakukan dengan memuat turun aplikasi seperti dibawah :

  • Touch ‘N’ Go
  • MAE
  • Setel
  • ShopeePay

Bantuan e-tunai tersebut boleh ditebus melalui aplikasi tersebut.

SENARAI KEGUNAAN EMADANI RM100

Anda boleh menggunakan kredit eTunai RM100 eMADANI untuk sebarang transaksi secara fizikal di 1.8 juta peruncit/perniagaan melalui e-dompet pilihan anda, KECUALI:

  1. Pemindahan ‘peertopeer’;
  2. Penebusan tunai;
  3. Bayaran bil utiliti terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  4. Bayaran fi berkaitan Kerajaan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  5. Bil pascabayar telekomunikasi dan prabayar terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  6. Pembelian permainan (‘games’) terintegrasi dengan aplikasi e-dompet;
  7. Bayaran tempat letak kereta dan/atau tol;
  8. Aktiviti berkaitan pelaburan terintegrasi dengan aplikasi e-dompet; dan 
  9. Transaksi e-dagang atau transaksi dalam talian.

MAKLUMAT LANJUT

Sebenarnya, pelbagai lagi bantuan yang boleh anda dapatkan daripada pihak kerajaan. Untuk tahu jenis bantuan lain, sila RUJUK DISINI.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button