Bantuan Kerajaan

Bantuan Khas Kewangan RM1000 Dikreditkan Bulan Disember Ini

Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM1000 akan dibayar kepada penerima yang layak pada bulan Disember Ini. Perkara ini telah diumumkan Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari ketika pembentangan Belanjawan 2024 bagi negeri itu. Untuk info lanjut, ikuti perkongsian dibawah.

BANTUAN KHAS KEWANGAN

Bantuan Khas Kewangan ini merupakan sebuah inisiatif kerajaan negeri Selangor dalam memberi penghargaan kepada kakitangan awam negeri itu. Mereka yang terlibat, bakal menerima bayaran kedua sebanyak RM1000 setelah bayaran pertama telah dibayar semasa sambutan Aidilfitri lalu.

Semasa pembentangan Bajet 2024 untuk negeri itu, Menteri Besar Selangor Datuk Amiruddin Shari mengumumkan insentif khas untuk rakyat Selangor. Beliau mengumumkan bantuan khas kewangan (BKK) sehingga sebulan gaji atau sekurang-kurangnya RM1,000 akan disalurkan kepada kakitangan awam.

bantuan khas kewangan

KADAR BANTUAN KHAS KEWANGAN

Seperti yang diumumkan, sebanyak RM40.3 juta diperuntukkan bagi melaksanakan insentif tambahan khas untuk penjawat awam di negeri ini. Setiap individu yang berkenaan akan menerima bayaran :

  • RM1000

TARIKH BAYARAN

Bayaran ini akan mula disalurkan kepada seluruh kakitangan awam bermula :

  • 28 DISEMBER 2023 (satu bulan gaji)
  • FEBRUARI 2024 (setengah bulan gaji)

KAEDAH BAYARAN

Bayaran akan di salurkan secara automatik ke dalam akaun penerima yang berkelayakan bermula 28 DISEMBER 2023 dan bayaran kedua pula pada 24 Februari nanti.

BANTUAN KHAS LAIN

Untuk makluman anda semua, perlbagai lagi bantuan yang anda boleh dapatkan sekiranya anda adalah rakyat negeri Selangor. Antaranya adalah Program Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS). Bantuan ini akan disalurkan secara bulanan sebanyak RM300 untuk B40.

MAKLUMAT LANJUT

Tahun demi tahun, pasti akan ada sahaja bantuan yang akan disalurkan oleh pihak kerajaan bagi membantu rakyat Malaysia yang terjejas ekonominya. Sekiranya anda ingin tahu bantuan apakah yang boleh anda dapatkan, sila SEMAK DISINI untuk rujukan anda.

Rujukan Online

Rujukanonline merupakan sebuah Blog yang akan berkongsi mengenai maklumat berkenaan Bantuan Kerajaan dan Iklan Jawatan Kosong. Kami juga bukan lantikan daripada mana-mana agensi kerajaan mahupun swasta.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button